.

.

Pages

ADUN UMNO MASIH LAGI KEKAL SEBAGAI ADUN UMNO

Wednesday, April 4, 2012

Assalamualaikum...



Semalam MKT dan rakan-rakan ada mengeluarkan artikel mengenai salah seorang ADUN UMNO akan belot dan 'melompat' masuk ke parti Pakatan Rakyat. Sememangnya ianya adalah benar tiada sebarang dolak dalih ataupun penipuan dari Team Media Kedah. KLIK SINI


Tetapi MKT dan rakan-rakan amat bersyukur kerana Allah telah menetapkan hatinya untuk kekal di dalam perjuangan UMNO. Keadaan semalam adalah amat kritikal kepada para penyokong ADUN tersebut.


Dianggarkan seramai 1,000 orang penyokong beliau telah turun untuk memberikan sokongan kepada beliau agar tidak belot kepada perjuangan asal UMNO.

Pada MKT, beliau bukannya seorang wakil rakyat yang malas turun padang melihat keadaan rakyat. Jadi bila berita panas berkenaan semalam timbul maka agak menghairankan juga kenapa perlu beliau hendak keluar dari UMNO dan masuk ke dalam parti yang carca marba? Pelik, kan?

Apa-apa hal pun....MKT mengharapkan beliau dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat yang menyokongnya walaupun ada tekanan daripada segelintir orang-orang UMNO sendiri.


0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.