.

.

Pages

GARA-GARA LIAT HENDAK BAYAR HUTANG, INILAH PADAHNYA

Thursday, April 26, 2012



Gara-gara hutang RM500 yang belum langsai, seorang kontraktor cacat seumur hidup apabila tangan kirinya putus ditetak selain kecederaan parah di beberapa bahagian badan akibat diserang lima lelaki menggunakan pisau pemotong daging dalam kejadian di Silibin, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, mangsa dikenali sebagai Nantha Kumar, 41, berada di rumahnya di Pangsapuri First Garden apabila lima lelaki menaiki sebuah kereta menyerbu dan menyerangnya menggunakan senjata tajam.

Difahamkan, mangsa yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pernah diberi amaran oleh individu tertentu supaya membayar hutang RM500 tetapi dia merayu diberikan masa.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, berkata polis menahan seorang daripada suspek berusia 40-an beberapa jam selepas kejadian dan kini direman tujuh hari.

“Siasatan awal polis mempercayai kejadian berpunca daripada masalah dadah. Siasatan turut mendapati kedua-dua mangsa dan suspek mempunyai rekod jenayah lampau. Polis juga sedang mengenal pasti dan mengesan beberapa individu dipercayai terbabit dalam kejadian itu,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, isteri mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Susilawaty berkata dia terkejut apabila mengetahui keadaan suaminya.

Beliau yang kurang sihat memaklumkan, seminggu sebelum kejadian beberapa individu berkunjung ke rumahnya untuk mengutip hutang namun suaminya merayu supaya diberikan tempoh memandangkan pendapatan suaminya sebagai kontraktor kecil-kecilan tidak menentu.

Kami sekeluarga bergantung kepada suami untuk menampung keperluan keluarga jadi apabila insiden ini berlaku pastinya ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada kami sekeluaga,” kata ibu lima anak itu ketika ditemui di HRPB, semalam.

HEH...ITU BARU RM500.00 SUDAH DITETAK SEHINGGA PUTUS TANGAN. BAGAIMANA PULA DENGAN HUTANG PTPTN YANG BERBILLION-BILLION ITU? KERAT KEPALA, BOLEH KOT?

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.