.

.

Pages

FATWA SONGSANG NIK AZIZ TERBARU..

Wednesday, April 25, 2012


SEJAK NIK AZIZ MULA BUKA MATA SEHINGGALAH SEKARANG, AGAK-AGAK BERAPA BANYAK SUDAH FATWA MERAPU YANG TELAH BELIAU SABDAKAN? TERBARU,  FATWA YANG MKT ANGGAP PALING DHAIF IAITU "HUKUMNYA WAJIB SERTAI BERSIH 3.0". ALASANNYA IANYA ADALAH PENENTANGAN KETIDAKADILAN PROSES PILIHANRAYA YANG TIDAK SELARI DENGAN KEHENDAK ISLAM.

MENGAPA BEGITU SINGKATNYA AKAL TOK GURU PAS INI? 


PROSES DEMOKRASI SEBENARNYA BUKANLAH IDEA YANG LAHIR DARI ISLAM. PILIHANRAYA JUGA BUKANLAH SEBAHAGIAN DARI CIRI-CIRI ISLAM. DEMOKRASI LAHIR DARI IDEALISME PEMIKIR-PEMIKIR YUNANI. JADI, BAGAIMANAKAH IANYA BOLEH DISELARIKAN DENGAN ISLAM?

azlanSEPATUTNYA NIK AZIZ KELUARKAN SATU FATWA 'WAJIB' SEMASA PERHIMPUNAN MEMBANTAH SEKSUALITI MERDEKA DAN PERHIMPUNAN LESBIAN, GAYS, BISEKSUAL AND TRANSGENDER (LGBT) TEMPOHARI. INI ADALAH KERANA, DENGAN MENYOKONG PERHIMPUNAN SEDEMIKIAN BARULAH MENUNJUKKAN KEPADA DUNIA BAHAWA ISLAM MENOLAK SEKERAS-KERASNYA KEBEBASAN YANG SEDEMIKIAN. BARULAH SELARI DENGAN DASAR ISLAM PAS YANG SELAMA INI DIWAR-WARKAN MENURUT AL-QURAN DAN SUNNAH.

TETAPI, APAKAH TINDAKAN BELIAU? HANYA DIAM SEJUTA BAHASA...

INILAH DIKATAKAN ULAMA POLITIK YANG SEBENARNYA. TIADA APA-APA TINDAKAN YANG DILAKUKAN ADALAH UNTUK KEBAIKAN BERSAMA. HANYA UNTUNG KEPADA SEBELAH PIHAK SAHAJA.

INIKAH ISLAM?

Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hadir ke perhimpunan BERSIH pada 28 April ini wajib kerana ia diadakan untuk menentang ketidakadilan proses pilihan raya yang tidak selari dengan Islam.
"Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang," ujarnya kepada akhbar rasmi PAS Harakah di pejabatnya di Kota Baharu hari ini.Setiausaha akhbar kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga hari ini berkata, pemimpin nombor satu dalam parti Islam itu akan turun bersama dalam perhimpunan pada Sabtu ini.Malah, kata Nasaie Ismail, PAS juga telah mengeluarkan arahan kepada semua ahli untuk turun beramai-ramai ke himpunan tersebut.Mengulas soal pengundi hantu, yang termasuk dalam tuntutan BERSIH, Nik Aziz berkata ia jelas perbuatan kotor dan bercanggah dengan kehendak Islam."Andainya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya akan datang dan mentadbir negara akan melakukan sebagaimana BN buat sekarang, setuju atau tidak sekiranya kami bawa pengundi hantu untuk kekal mentadbir negara pada pilihanraya berikutnya."Tentu saja Umno dan BN tidak mahu sebab perkara ini perbuatan mungkar yang tentu saja berdosa besar bila melakukanya," beliau dipetik sebagai berkata. 
 Kemenangan 'haram'
Justeru, tambahnya ‘wajib' rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai menjayakan BERSIH 3.0 untuk menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain.Beliau seterusnya memberitahu, sekiranya wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya itu kerana dibantu oleh pengundi hantu, kemenangannya ‘haram' di sisi Islam."Malah segala elaun bulanan atau segala bentuk yang diperolehi sebagai wakil rakyat, gaji, kereta dan semuanya haram serta tidak sah di sisi Islam.
"Perkara ini bukan perkara main-main dan kena ingat Allah dan balasan akhirat,"ujarnya lagi.
PILIHANRAYA YANG TIDAK ADIL? JIKA TIDAK ADIL, MENGAPAKAH SEMASA PAKATAN RAKYAT MEMENANGI 5 NEGERI TIDAK PULA TIMBUL ISU INI?


ADAKAH DENGAN KEMENANGAN MUTLAK KEPADA PAKATAN RAKYAT BARU HENDAK DITAFSIRKAN SEBAGAI PILIHANRAYA YANG ADIL?

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.