.

.

Pages

DEBAT!! KJ VS AMBIGA

Thursday, April 26, 2012


SEBENARNYA, PASAL ISU PILIHANRAYA INI SUDAH PUN DITERANGKAN SEJELAS-JELASNYA KEPADA RAKYAT TETAPI HANYA PIHAK PAKATAN RAKYAT SAHAJA YANG MASIH TIDAK FAHAM-FAHAM. JENIS BUTA HATI DAN MINDA.PERKARA YANG PALING MUDAH UNTUK MENANGKIS HUJAH MEREKA ADALAH JIKA SPR INI TIDAK TELUS, BAGAIMANAKAH 5 NEGERI TELAH TUMBANG KE TANGAN MEREKA SEMASA PRU-12 HARI TU?

MALAM TADI PULA , PUAK-PUAK MEREKA DIBERIKAN LAGI TAKLIMAT PILIHARAYA MELALUI DEBAT ANTARA AMBIGA DAN KHAIRY JAMALUDDIN.


Jika tidak kerana penyokong-penyokongnya menguasai dewan Kelab Bukit Utama,dekat Kuala Lumpur Rabu malam , Datuk S.Ambiga boleh malu apabila Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berjaya 'screw' bos Bersih 3.0 itu dalam debat mereka berhubung pembaharuan sistem pilihan raya.

Sebagai peguam dan pernah menerajui Majlis Peguam, Ambiga hanya mampu berhujah cari segala hal kecil dan remeh untuk menyalahkan Suruhajaya Pilihanraya (SPR) dan mendesak pilihanraya ditangguhkan selagi proses membersihkan senarai pemilih gagal dilaksanakan.



Selain menuntut kesemua lapan cadangan hasil perhimpunan haram Bersih 2.0 tahun lalu, Ambiga turut membangkitkan penyalahgunaan kad pengenalan berkaitan gender dan alamat.

Isu undi pos turut dijadikan modal namun Khairy yang tampil cool sepanjang debat cukup bersedia dengan maklumat dan angka-angka bagi mematahkan hujah serta tuduhan Ambiga terhadap SPR.

Lagu lama mengkritik SPR oleh Ambiga hanya dapat sokongan pengikut beliau yang menguasai dewan kelab.Sewaktu majlis dibuka kepada penonton bertanya, beberapa orang pengikut Bersih menguasai soalan.

Malah, satu ketika seorang daripada mereka merampas mikrofon kerana mahu bertanya lebih panjang sedangkan masa diperuntukkan cuma 30 saat sahaja.

Daripada kira-kira 1,500 penonton dengan kira-kira 200 orang di luar dewan yang mengikuti debat satu sentengah jam itu menerusi skrin besar, hampir 1,000 orang adalah penyokong Ambiga.

Walaupun diasak pelbagai soalan, Khairy dapat menjawab dengan fakta dan angka menyebabkan Ambiga dan mereka yang bertanya terpaksa akur bahawa dakwaan mereka terhadap SPR bukan semuanya tepat.

Ambiga juga tidak ada point baru selepas Khairy berjaya mematahkan hujah dan dakwaannya terutama isu kira-kira 42,000 pengundi yang belum dapat dibersihkan SPR dan isu undi pos.

Menariknya, Khairy mempelawa Ambiga berjumpa dan berbincang dengan SPR bukannya dan membuat macam-macam dakwaan terhadap suruhanjaya itu menerusi sidang media sahaja.

MEMANG HEBAT DEBAT DEBAT YANG BERLANGSUNG SEMALAM. LEBIH HEBAT RASANYA DARI PERDEBATAN ANTARA CHUA SOI LEK DAN LIM GUAN ENG. HUJAH YANG DIBERIKAN OLEH KJ PUN JELAS SEHINGGA MEMBUATKAN BANYAK KALI SI AMBIGA TERDIAM.

BAYANGKAN SEORANG YANG BESTATUS PEGUAM BOLEH DIKUNCIKAN MULUTNYA BEGITU SAHAJA? APA-APA PUN MKT LETAK SATU PENGHORMATAN YANG AMAT TINGGI JUGA KEPADA KJ...BRAVO!!

KREDIT : BLOGGER INI

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.