.

.

Pages

BOB KUMAN BERBOHONG? BIASALAH...ORANG-ORANG PAS SEMUANYA KAKI PEMBOHONG

Wednesday, April 18, 2012



“Bukan janji, tetapi pasti saya sudah melangsaikan semua bayaran lakonan yang dibintangi Bob Kuman.

“Kalau benar lakonannya belum dibayar, saya minta dia segera berjumpa saya dan akan memberikan tambahan 10 peratus faedah terhadap bayaran tertunggak seperti didakwa,” kata penerbit filem terkenal, David Teoh menjawab tuduhan pelakon, Bob Kuman, 40, yang mendakwa beliau mengabaikan masalah kesihatan pelakon itu yang terjatuh selepas menjalani penggambaran drama televisyen, Jangan Padang Belakang Congkak (JPBC) di Hulu Langat, Selangor pada penghujung 2010.

Orang yang ditarbiyah PAS...biasalah. Selalunya bila guru kaki penipu dan pemfitnah, anak muridnya akan buat perkara yang sama juga.

Harian Metro semalam melaporkan Bob Kuman mendakwa produksi milik David tidak mempedulikannya hingga dia berkejar ke hospital bersendirian selain kegagalan penerbit filem itu melangsaikan bayaran lebih RM6,000 hingga menjadi punca dia tidak dapat menjelaskan bayaran hospital.

Menurut David, beliau kesal terhadap tuduhan pelakon itu sambil memberitahu pihaknya sudah melangsaikan semua pembayaran termasuk memberikan sumbangan peribadi RM5,000 ketika melawat pelakon berkenaan di Hospital Tawakal di sini, tahun lalu.

Tidak perlu dikesalkan pun. Sebenarnya David Teo selamatkan anjing yang tersepit. Sebab itu anjing itu mengigit tangan kembali.

Nasihat MKT kepada Bob Kuman, kalau benar-benar susah, orang akan membantu. Tetapi, jika dah susah dan menipu pula untuk dapatkan simpati, itu tindakan yang melampaui norma-norma masyarakat.

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.