.

.

Pages

BERTUDUNG TETAPI KAKI JUDI...APA KE HALNYA INI?

Sunday, April 15, 2012



Tu dia aihhh....seorang yang sudah semestinya beragama Islam, bekas isteri pemerintah Islam yang hendak melaksanakan hudud di negaranya tetapi sayangnya kegemaran utamanya adalah berjudi.

Habis sekali ditariknya para-para pembantu dan kakitangan yang bekerja dengan beliau untuk menikmati duit haram hasil dari keuntungan berjudi.


Itulah MKT selalu maklumkan kepada juak-juak Pakatan Rakyat yang kononnya tinggi agamanya, jika ditutupnya Genting itu sekalipun, kaki-kaki judi yang beragaa Islam ini akan tetap berjudi juga hatta sanggup ke luar negara.

Nah...sekarang sudah jelas terbukti. Apa lagi penafian dari juak-juak PR selepas ini?


Bekas isteri Sultan Brunei, Mariam Aziz dilaporkan sering menghabiskan masa untuk bertaruh ketika lawatan ke London dan Macau.

"Saya suka berjudi, aktiviti itu merupakan teras kepada kehidupan sosial saya dan saya mendapati aktiviti itu dapat melepaskan diri (daripada masalah)," katanya dalam keterangannya yang direkodkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Keith Lindblom.

Menurut Mariam, beliau ke kasino bersama dengan sekumpulan rakan, ahlikeluarga, dan pekerja.

Beliau akan bermula dengan cip sehingga 50 000 pound (RM250 000) danbertaruh kira-kira 10 000 pound (RM50 000) untuk satu putaran.

"Orang yang mengikut saya, kakitangan saya yang bermain akan menggunakancip ini. Jika mereka menang, terpulang kepada mereka untuk melakukan apa-apa dengan kemenangan (wang) mereka," katanya.

MKT bukannya seorang penyokong perjudian tetapi itu adalah hak kepada masyarakat yang bukan Islam di negara ini. Jika seorang muslim yang tipis imannya berjudi, bukan salah Kerajaan ataupun sesiapapun. Yang salahnya adalah si pelaku.

Seperti MKT tuliskan diatas, jangan salahkan sesiapapun bilamana pusat perjudian dibuka. Kerana ianya dikhususkan kepada masyarakat bukan Islam sahaja...

Khas untuk para juak-juak Pakatan Rakyat. Hentikanlah sikap tuding jari. Ianya tidak membawa sebarang keuntungan kepada mana-mana pihak.


6 ulasan:

Anonymous said...

ana sokong knytaan tuan, judi adlah sikap indvdu. tp perlu ingt, pemerintah (sesiapa sj yg jd pemrintah), kena guna kuasa utk halang org islam bjudi. Ingt hadis Nabi SAW- "Jika kamu lihat kmungkran, hendklh cegah dgn kuasa, jika tidak dgn lisan, jk xblh- dgn benci hati, itulh selemah2 iman". Wallahu 'alam..

Ibnu Dahlan said...

Betul tp MKT rasa terkilan sgt apabila sebuah Kerajaan yg ngaku perjuangkan Islam akhirnya terselak juga bilamana tiada langsung menggunakan kuasa utk menghalang perjudian berlaku di negerinya. Apa pula hukumnya itu?

bukan senang nak senang said...

Apa punya bodoh laaa.. dia ni dah jadi JANDA apa kena mengena dgn suami dia lagi? Tak perlu sebut pasal nak tegakkan hudud sbb janda ni dah takda kaitan dgn suami dia. Agaknya dia ni kena cerai sbb suka berjudi... padan muka dia

bukan senang nak senang said...

Dia ni main judi di England.. mana ada kasino di Brunei... Orang2 yg tak beriman ni kalau dgr sikit jer org nak laksanakan hudud, maka cepat2 mengecam dan mencemuh. Bukan nya nak menyokong! Nampak sangat sikap negatif dan TIDAK ADA IMAN

Ibnu Dahlan said...

Paku dulang paku serpih, kata bodoh pd org padahal kebodohannya melebih-lebih. Persoalan janda ataupun tidak itu bukannya menjadi liabiliti kepada sesiapapun cuma bagaimanakah akidahnya? Itu menunjukkan sang suaminya telah gagal membentuk keperibadian isterinya. Nk tutup crita, cerai...itu yg mampu pun.

Ibnu Dahlan said...

hihihi...mmg la x der kedai judi di Brunei dan beliau juga main judi itu di England. Tp apabila tuduhan x beriman itu nk dipertikaikan, agak2nya la...kamu itu pun adakah cukup imannya? Sb jika iman kamu kuat, akan selalu bersangka baik kpd org lain....Dlm erti kata yg lain, kamu itu rasanya tiada iman hatta sebesar zarah dlm diri kamu. Insaflah...

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.