.

.

Pages

APABILA TUN MAHATHIR SUDAH BERSUARA..

Wednesday, April 18, 2012



Tun Mahathir sudah bersuara...PTPTN sebenarnya bukanlah untuk pelajar-pelajar yang berasal dari golongan yang kaya raya. PTPTN adalah dikhususkan untuk golongan pertengahan dan miskin.

Persoalan yang utamanya adalah jika yang sedang berkhemah di Dataran merdeka itu adalah terdiri dari golongan pelajar yang miskin, MKT rasa boleh diterima pakai saranan juak-juak Pakatan Rakyat ini.


Tetapi apabila pelajar yang sudah kaya raya pun hendak minta dilupuskan hutang piutang PTPTN, dirasakan agak melampau tuntutan itu.

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga bermakna memberi pendidikan percuma kepada golongan kaya.
Sedangkan, objektif asal PTPTN adalah untuk membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapat pendidikan tinggi, katanya.
Tambahnya, langkah itu akan membebankan ekonomi negara kerana pemansuhan PTPTN akan menyebabkan ia perlu diganti dengan mekanisme lain.
Dengan sinis, beliau juga menyeru golongan yang menyokong supaya PTPTN dimansuhkan supaya membiayai kos pengajian pelajar terbabit.
“Jika pelajar tidak suka, mereka tidak perlu ambil pinjaman dan mereka yang menyokong pemansuhkan PTPTN boleh biaya pelajar itu," katanya lagi dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Ratusan pelajar berhimpun dan berarak di pusat bandar Kuala Lumpur, Sabtu lalu untuk menuntut pendidikan percuma dan supaya pinjaman PTPTN dimansuhkan.
Saki baki pelajar berkenaan juga mendirikan khemah di Dataran Merdeka dan berazam untuk terus berhimpun di kawasan tersebut sehingga perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan pada 28 April.
sumber Yahoo.my

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.