.

.

Pages

ANAK BODOH TETAPI BAPANYA MAHABODOH!!

Thursday, April 19, 2012


MKT ingat sudah pupus manusia yang bodoh di Malaysia ini . Rupa-rupanya masih wujud rupanya. Itulah akibat terlalu mengharapkan subsidi dari awal buka mata, sehingga hendak pejam mata pun masih lagi mengharapkan subsidi Kerajaan.

Apalah malangnya nasib manusia ini apabila masih lagi merungut dengan kemudahan yang telah diberikan oleh Kerajaan. Inilah alasan singkat dari manusia yang tidak reti bersyukur. Tafsir syukur yang ditonjolkan umpama sebuah opera hipokrit di pentas dunia.


MKT bersetuju dengan pendapat blogger My Massa yang mendedahkan betapa ceteknya pengetahuan seorang bapa didalam erti tanggungjawab memberi pendidikan kepada anak-anak. Macamlah dia seorang sahaja yang ada anak di dalam Malaysia. 

KLIK UNTUK BESARKAN
Alasan yang diberikan ialah sudah merasa perit jerih akibat mengeluarkan duit dari tadika sehingga ke universiti. Jika rasa tanggungjawab memberi pendidikan itu adalah satu masalah, jangan buat anak banyak-banyak. Inilah manusia yang lupa dengan janji Tuhan iaitu setiap anak yang dilahirkan, telah ada rezeki bahagian masing-masing.

Maknanya, segala perit jerih beliau membela keempat-empat anaknya termasuk Khalid Ismath sebenarnya bukan dari bahagian rezeki beliau. Itu adalah rezeki untuk anak-anaknya.

Jadi mengapa perlu dipertikaikan rezeki yang telah dikurniakan? 

Alasannya lagi, jika pemansuhan PTPTN ini berjaya maka kesannya adalah untuk anak cucu cicit masa hadapan. Logikkah ia? Memang logik tetapi ada pengorbanannya. Sanggupkah beliau melihat anak cucu cicitnya memaki hamun diatas kuburnya bila melihat Kerajaan sudah hampir muflis akibat pelupusan hutang piutang rakyat?

KREDIT : BLOGGER INI

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.