.

.

Pages

TARBIYAH TIDAK CUKUP KER?

Monday, March 26, 2012


GEORGETOWN - Merasakan jasa dan khidmatnya dalam Pas seperti tidak diperlukan lagi, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pulau Pinang, Dr Ooi @ Vellautham mengambil keputusan meletak semua jawatan dalam parti itu berkuatkuasa, hari ini.
Ooi yang juga Ketua Penerangan DHPP Pusat berkata, keputusan yang diambilnya itu bukan kerana kecewa terhadap Pas, namun merasakan khidmat dan kesetiaannya kepada parti itu selama 20 tahun tidak dihargai, selain pandangannya demi kebaikan parti tidak diambil berat oleh kepimpinan tertinggi.
Ooi lebih yakin dengan tindakan itu apabila Pas Pusat dilihat seperti meminggirkan DHPP Pulau Pinang  dengan memutuskan untuk tidak memilih calonnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Saya terpaksa ambil keputusan berundur sebab tidak lagi dapat melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan selama ini sehingga menyebabkan Pas Pusat meminggirkan kami," kata beliau pada sidang media di sini petang ini.Dalam pada itu, Ooi berkata, kira-kira 50 ahli DHPP negeri mengambil langkah yang sama dan berkemungkinan lebih ramai lagi yang akan meninggalkan parti itu

Selama hari ini, PAS jelas hanya tahu mendabik dada mengatakan yang hanya mereka yang mampu menegakkan syiar Islam di Malaysia.

Bagi mereka, hanya PAS sahajalah yang layak untuk memperjuangkan Islam dan memperkenalkannya kepada bukan Islam.

Dalam usaha untuk meliberalkan Islam itu juga, PAS telah membuka pintunya kepada orang - orang bukan Islam dengan tujuan untuk memberi pemahaman kepada mereka.

Dah bagus dah niat diorang tu. Tapi hakikatnya, semua tu hanya indah khabar dari rupa. Mereka hanya main wayang je bila buat tindakan tersebut.

Hakikatnya, APS tak buat apa pun bagi memberikan pemahaman kepada orang bukan Islam ni. Jauh sekali untuk mereka menghargainya.

Pintu tu hanya dibuka sebagai 'Gimik' bagi menunjukkan yang diorang ni bersifat terbuka dan bukan seperti apa yang dikatakan sebelum ini.

Tapi, sekarang jelas bahawa PAS memang GAGAL melaksanakan perkara tersebut. Jangan kata nak tarbiahkan orang bukan Islam, yang dah sedia Islam pun diorang tak mampu!!!

Maka, memang tak salah la kalau Datuk Dr. Hassan Ali kata yang PAS sekarang ni sudah banyk berubah. Dari parti memperjuangkan Islam, kini PAS hanya mempergunakannya. Jadi tak payah la diorang nak berlagak kata diorang bagus sangat!!!

Kredit kepada BLOGGER INI

1 ulasan:

Anonymous said...

Pas nak tegakkan syiar Islam, nak tarbiyahkan org bukan Islam? Mana Pas mampu sbb mereka terpaksa akur kpd DAPig dan PKR utk hidup dlm dunia politik di M'sia ni. Pas sudah jadi liberal, pluralisme,sekular,dibawah pemerintahan parasit2 dlm parti itu, parasit2 yg menyokong seksual merdeka, hak sama rata sama rasa dan kebebasan beragama dan memilih agama dimana org Islam dimurtadkan tak perlu diambil tindakan kerana itu hak kebebasan individu berkenaan.

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.