.

.

Pages

SPBA DIBATALKAN? KETAMAKKAN CUEPACS MENJADI PUNCANYA...

Thursday, March 8, 2012

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dimansuhkan.

Dalam pengumuman di depan ribuan penjawat awam di Putrajaya hari ini, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati.
 
"Dengan keputusan ini, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan," katanya.Berhubung pelarasan gaji pula, keputusan yang dibuat seperti berikut:
  • Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
  •  Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.
  •  Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.
  •  Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha.
 Assalamualaikum...

Dengan perisytiharan pemansuhan SPBA yang menjadi kontroversi selama ini di dalam perang dingin antara CUEPACS dan JPA telah dianggap tamat. Pada MKT ianya harus diluahkan hanya dengan satu sahaja ayat iaitu "PADAN MUKA"

CUEPACS seharusnya menjadi pembela bukannya menjadi pengemis yang tamak dengan meminta pelbagai macam faedah yang langsung tidak masuk akal seperti meminta agar dinaikkan gaji kakitangan sebanyak RM1,000.00++ seorang. Ianya ibarat hendak bagi Kerajaan lingkup dan muflis. Sememangnya ianya adalah sekadar cadangan tetapi biarlah logik akal dan relevan. Jangan ikut nafsu sesetengah pihak sahaja.

MKT berpendapat ada segolongan ahli-ahli exco CUEPACS ada niat untuk menggulingkan dan melingkupkan Kerajaan sedia ada. MKT bukannya menuduh tetapi apabila melihat akan situasi sebegini maka kemungkinannya itu masih ada.

Nasihat MKT, CUEPACS jangan buat pertubuhan itu sebagai Badut Raja tetapi biarlah sebagai Penasihat yang ideal....Jelas dah kot?..

Kepada juak-juak Pakatan Rakyat jangan menyalahkan Kerajaan pimpinan Najib pulak. SPBA tidak dilaksanakan adalah kerana bukannya Najib tak bagi tetapi dah banyak sangat kakitangan Kerajaan yang tamaknya melebihi nafsu. 

9 ulasan:

Anonymous said...

agak puas hati, kakitagan bawahan dpt kenaikan 13%. kami tak puas hati sbpa dulu sebab kakitangan peringkat tinggi dpt kenaikan ribu2 sedangkan kami puluh2 atau ratus2 saja. kami bukan mgharapkan kenaikan yg tak munasabah, kami masih waras dan sayang negara kami.

Anonymous said...

Hanya orang yang buta kayu sahaja tidak nampak kecacatan SBPA... Syabas CUEPACS kerana memperjuangkan nasib golongan Pelaksana, bukannya disebabkan tamak atau berniat untuk melingkupkan Kerajaan sedia ada.

Anonymous said...

SEBENARNYA SBPA TU LEBIH BAIK DARI SSM DARI SUDUT KENAIKAN GAJI.... sebenarnya cuepacs tu yang bodoh.... sekarang sudah rugi... omar tu dah tak banyak cakap dahhh...

belang said...

mmg ada baiknya...tp ada jugak buruknya...masalahnya buruknya nampak jelak kat mata..cuepacs kalau mintak rm1000++ pon dorang rasional dan tahu negotiation government.

Anonymous said...

Keburukan SBPA sebagai contohnya ialah adakah logik kedudukan dua atau tiga tangga gaji disatukan mengikut kuantum? ini menyebabkan puak junior naik setingkat atau dua tingkat sama dengan orang yang lebih sinior.

CUEPACS kalau nak meminta pon biarlah releven dengan ketika dan keadaan, nilai kenaikan yang diminta tidak munasabah dan nampak sangat ketamakan. Wang banyak mana pon tidak akan cukup.

Daripada
Warga Sebelum Merdeka

Anonymous said...

admin..sila betulkan persepsi anda...sewaktu perancangan hendak membuat SBPA..ia adalah dibawah KSU dan Pengarah JPA tanpa merujuk kepada CUEPACS dan mereka yang pakar..depa dua nilah antara yang akan mendapat gaji tertinggi ..gile sampai RM60000..sampai depa sendiri kena maki oleh ahli bawahan..CUEPACS membantu mencari penyelesaiannnya..dan alhamdulillah dah selesai..la ni nak tengok mahukah KSU dan Pengarah JPA berhenti selepas ni? Aku nak tengok..

Anonymous said...

SBPA dibatalkan kerana jelas ianya banyak cacat cela sehingga perlu overhaul bukan sekadar boleh tampal-tampal!
Jawatankuasa khas yang ditubuhkankan itu bagi mengkaji SBPA tahu apa yang mereka katakan. Bila PM dah batalkan SBPA bermaksud SBPA itu tak betullah. Makanya, kenapa pula disalahkan cuepacs!

Anonymous said...

Kakitangan Kerajaan sedang menfaraid kan duit negara.

Anonymous said...

asyik mintak itu ini je.bila tang keje pulak malas.ada je alasan.kerajaan dah bagi banyak kelebihan pun nk bising lagi.mutu kerja tak setimpal dengan permintaan.harap lepas ni orang2 kerajaan kerja rajin2 sikit.yang kerja dengan kerajaan tapi anti kerajaan tu sudah-sudahlah.amanah dengan kerja anda.kalau kerajaan dah tak betul berenti kerja dan pergilah kerja dengan parti kesayangan anda.

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.