Kerajaan Negeri Kedah membuktikan keprihatinannya dengan
memperkenalkan Skim Kafalah bagi membantu rakyat yang kurang bernasib baik
tanpa mengira agama, bangsa, umur dan fahaman politik. Ia menjamin hak
keistimewaan rakyat negeri ini dengan sejajar dengan slogan “Kedah Sejahtera
Nikmat Untuk Semua”.
Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan
negeri telah memperuntukkan wang sejumlah RM3.6 juta untuk melaksanakan program
Skim Kafalah Kedah bagi tahun 2010. Program ini mensasarkan golongan miskin
yang berpendapatan perkapita RM180 ke bawah atau pendapatan seluruh isi rumah
RM720 ke bawah.
Menurutnya, keluarga miskin yang layak
dan mengikuti garis panduan e-Sinar di mana penerima sumbangan adalah rakyat
Kedah yang berdaftar di bawah program e-Sinar.
Selain itu, kerajaan negeri
memperuntukkan sebanyak RM500 kepada waris secara tunai dan pemberiannya hanya
sekali sahaja setiap satu kematian, ini adalah bagi mengelakkan tuntutan
bertindih waris yang lain.
Jika sebelum ini kerajaan negeri
memperkenalkan Skim Kifalah, namun kini namanya ditukar kepada Kafalah kerana
bertepatan dengan sebutan Bahasa Arab.
Kata beliau, penukaran ini dilakukan bagi
menepati sebutan asalnya kerana tidak mahu rakyat terkeliru namun matlamat asal
skim ini tetap sama bagi membantu golongan berpendapatan rendah membiayai kos
pengurusan jenazah.
Assalamualaikum...
Skim
ini sebenarnya sudahpun dimulai oleh Kerajaan BN dan di’copy paste’kan oleh
Kerajaan PAS Kedah sekarang. Tidak dinafikan bahawa baik PAS ker, PKR ker mahupun DAP akan mengikut segala perancangan BN dalam mengurus tadbir Kerajaan Negeri yang telah berjaya dirampas dari BN.
Hakikat yang terpaksa disembunyikan oleh mereka ialah MALU untuk mengakui keberkesanan segala perancangan pembangunan oleh BN sebenarnya baik dari segi lahiriah mahupun batiniah kepada rakyat.
Pemberian
skim ini terbukti hanya diberikan kepada segelintir golongan sahaja iaitu
golngan yang menyokong perjuangan parti PAS ataupun Pakatan Rakyat. Berlainan dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang telah terbukti tidak diberikan kepada segelintir golongan tetapi keseluruhan rakyat Malaysia (tolak yang kaya jer ler). Tidak kira fahaman politik, agama mahupun bangsa dan tidak pula perlu daftar melalui apa-apa E sekali pun.
Tetapi tiada
bukti menyatakan pemberian skim tersebut diberikan kepada masyarakat bukan Islam.
Padahal mengikut tujuan asalnya skim ini disasarkan kepada golongan yang kurang
bernasib baik tanpa mengira agama, bangsa, umur dan fahaman politik. Jika ada MKT hendak Kerajaan PAS Kedah sila buktikan.
Rakyat
hendak tahu dari manakah sumber kewangan sebanyak RM4 juta diperolehi untuk
pengurusan skim ini. Sedangkan mengikut Bajet Negeri Kedah pada 2012, Kerajaan
PAS Kedah sudahpun didalam keberhutangan sebanyak RM20 juta (defisit). Adakah
ianya datang dari sumber haram seperti hasil cukai arak dan lain-lain, kerana
difahamkan Kerajaan PAS Kedah tidak mengasingkan akaun hasil halal dan haram.
Lagi satu, kelemahan ketara skim ini hayalah untuk bila ada kematian sahaja. Barulah akan diberikan. Maksudnya jika seseorang rakyat Kedah hendakkan sedikit imbuhan dari skim ini, kena mati ler dulu. Tapi bukan yang memohon yang dapat, waris yang dapat merasa duit itu....HAMPESSSS......
P/S dari MKT : Jika setakat inikah Negara Berkebajikan yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat, tak payah susah-susah nak tukar Kerajaan sedia ada pun. Sebab selama 61 tahun ni, UMNO/BN sudah lama mempraktikkannya dah pun.
0 ulasan:
Post a Comment