.

.

Pages

NUKILAN TROOPER...HAJAT TINGGI TAPI TANGAN TAK SAMPAI. ITULAH TROOPER PAS...

Sunday, March 25, 2012

Lihat anak muda dengan bendera , nak kongsi kisah Mus'ab Bin Umair sahabat Nabi , seorang pemuda yang hensem , kacak , kaya sanggup berjuang dengan Nabi sehingga syahid.Apa yang mengkagumkan kita ialah beliau syahid didalam peperangan Uhud semasa ditugaskan memegang panji Islam(bendera)..musuh menetak tangan kananya sehingga putus,dipegang dengan tangan kirinya pula, apabila putus tangan kiri dipegang lagi bendera tu dengan lengannya yang kudung sehinggalah dia ditikam sehingga Syahid hanya kerana nak mempertahankan Nabi s.a.w!
nukilan Pemuda Padang Terap

Assalamualaikum...

Benar-benar satu cerita lawak yang dapat MKT rumuskan disini. 

Perkongsian impian Pemuda PAS Padang Terap hendak disamakan dengan Mus'ab bin Umair ibarat angan-angan tandus di padang pasir Sahara.

Sebelum hendak samakan perjuangan pemuda di zaman Rasulullah dengan Pemuda PAS zaman sekarang ini, adalah lebih baiknya beliau berusaha muhasabah diri agar mengikut segala sunnah Rasulullah terlebih dahulu.


Bukan apa, selagi bibir masih mengalunkan caci maki, cercaan demi cercaan, fitnah demi fitnah, umpatan demi umpatan, bukankah lebih baik perbanyakkan berzikir mengingati Tuhan.

Selagi jari jemari PPT masih lagi mengalunkan bahasa-bahasa kasar didalam laman sosial, bagaimanakah layaknya hendak mengelarkan diri sebagai pejuang Islam?

Janganlah cuba memalukan diri PPT dan Islam dengan dakyah yang bodoh sombong itu, kelak akan membinasakan badan. Sudah cukuplah penghinaan masyarakat kafir terhadap Islam, janganlah pulak PPT menambahkan lagi kebencian dan prasangka buruk orang kafir terhadap agama kita.

Agak-agak PPT boleh terima ker?

P/S dari MKT : Mus'ab bin Umair syahid kerana hendak mempertahankan Rasulullah tetapi bukankah Pemuda PAS hendak syahid sebab hendak mempertahankan maruah Tok Guru? Bukan kerana Islam,kan....hihihihi....

4 ulasan:

Anonymous said...

memang benar.. jika mulut sentiasa mengucapkan caci maki sesama saudara se Islam bagaimana perjuangan mereka diberi nama perjuangan syahid?? terlalu terukkah pemikiran mereka hingga boleh disesatkan sedemikian rupa sedangkan Rasulullah tidak pernah senang2 mengkafirkan sesama Islam..

Ibnu Dahlan said...

Sebab itu MKT berani mengatakan yang juak2 ini bukannya pejuang Islam tepi pejuang munafikin...

Anonymous said...

ish ish ish aku dok baca komen PPT tak dak pun caci maki.Yang ada dari pembaca-pambaca lain adalah sama ada dari pihak penyokong umno maupun penyokong pas.Kenapa harus disalahkan PPT?

Ibnu Dahlan said...

HIhihi...juak2 pembantu PPT ke ni? X pn PPT sendiri ni? Jika tiada angin masakan pohon bergoyang dik oii...

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.