.

.

Pages

MEREKA FIKIR MEREKA ITU SIAPA?

Monday, March 26, 2012

KUALA LUMPUR: Solidariti bagi menuntut pembebasan Hoslan Hussin, imam yang dijatuhkan hukuman penjara setahun gara-gara melemparkan seliparnya ke arah panel hakim petang tadi suram dan gagal mendapat sambutan.
Satu demonstrasi aman diadakan di hadapan masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta hanya  menyaksikan sekitar 60 orang hadir dengan simbolik mengangkat selipar dan kasut masing-masing.
Kumpulan  ini bergerak menuju ke Istana Negara jam 3 petang dan tiba setengah jam kemudian, untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agung, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Penyerahan memorandum itu bagi memohon Tuanku memberi pengampunan seterusnya membebaskan Hoslan yang kini meringkuk di penjara Kajang sejak dua minggu lalu.
Hoslan tentan penyelewengan
Turut hadir dalam demonstrasi ini termasuklah Naib Presiden PKR, N Surendran, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad dan  peguam Latheefa Koya.
Penyelaras NGO Jingga 13, Fariz Musa yang mengetuai demonstrasi itu mendakwa tindakan membaling membaling kasut bukan isu utama sebaliknya perjuangan imam Hoslan untuk menentang penyelewengan wang wujud di masjid Kampung Pandan.
ihsan dari Sini
Assalamualaikum...
Inilah punca mengapa Kumpulan Jingga 13 sepatutnya diabaikan segala tuntutannya. Semuanya atas alasan yang merapu dan tidak munasabah.
MKT rasa inilah saki baki mangsa Agen Oren semasa perang Vietnam dahulu. Disebabkan radiasi maka otak mereka pun sudah tidak dapat hendak membezakan perkara yang baik dan buruk.
Jika tindakan Imam Mohsin melempar selipar kepada hakim dianggap satu perbuatan yang kononnya murni maka layaknya selipar itu dilemparkan kepada Karpal Singh, Lim Guan Eng, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim.
Kerana bagi MKT mereka ini lebih layak mendapat lebih dari satu selipar kerana mereka-mereka inilah punca perpaduan negara menjadi tidak seimbang.
Melayu bertelagah sesama Melayu, Cina bertelafgah sesama Cina dan India bertelagah sesama sendiri.
MKT harap DYMM Tuanku jangan melayan permintaan kumpulan pendesak ini. Kerana jika dilayan akan menampakkan kelemahan institusi kehakiman dimana jika tidak mengikut segala kehendak mereka maka seorang hakim akan layak menerima hadiah selipar lagi daripada mereka.
Betul tak?

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.