.

.

Pages

LIDAH-LIDAH PAKATAN RAKYAT YANG TIADA BERTULANG...

Monday, March 12, 2012

Saya ingin memberitahu pembaca terutama anak-anak muda harus sedar dan faham bahawa bukan satu kesalahan untuk menggulingkan kerajaan.

Jangan kita ditakut-takutkan apabila mendengar perkataan "ingin menggulingkan kerajaan".

Parti politik DAP, PKR atau PAS semua bertungkus lumus siang dan malam bekerja untuk menggulingkan kerajaan BN. Mahfuz Omar ingin menggulingkan kerajaan. Dr Dzulkefy Ahmad ingin menggulingkan kerajaan. Tian Chua ingin menggulingkan kerajaan. Tony Pua ingin menggulingkan kerajaan. Nurul Izzah Anwar ingin menggulingkan kerajaan.

Malah setiap malam mereka ke hulu ke hilir berceramah dan menghasut orang ramai dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan.


Assalamualaikum..


Petikan diatas adalah salah satu dari hasil karya Hishamuddin Rais, seorang aktivis Pro Pakatan Rakyat didalam portal Malaysiakini bertarikh 08 Mac 2012 pada jam 6.55 petang.
Akhlak Islamkah ini?
Apa ini? Inilah seorang manusia Melayu yang sudah jauh tersasar dari perjuangannya. Begitu membangga-banggakan budaya yang bukan asalnya dari Islam. Memuja politik jalanan sedangkan itu bukanlah penyelesaiannya. Cuba beri satu sahaja negara di dunia dimana selepas proses mengambil pentadbiran negara melalui demonstrasi akan tenang dan aman? Sebenarnya tiada pun..
Inikah cara Islam megajar umatnya?
Kita lihat kepada pemerintahan Mesir, Libya dan sekarang Syria. Ini semuanya adalah agenda dari Yahudi bukannya agenda dari rakyat itu sendiri. Memporak perandakan negara lain adalah kemahiran bangsa Yahudi dan mengapa kita yang kononnya mendabik dada sebagai Islam harus mengikutinya?

Dimulut kita berkata Yahudi adalah musuh tetapi pada hakikatnya tangan kita juga yang berjabat salamnya. Perkara ini jelas diperingatkan oleh Allah s.w.t. di dalam Al-Quran. Begitu juga dengan baginda Rasulullah. Mengapa kita perlu turut falsafah yang akhirnya akan memakan diri kita sendiri?

Untuk kerajaan dan rejim yang zalim, orang ramai turun ke jalan raya dilihat sebagai satu kesalahan. Di sini ingin saya jelaskan kepada warga Malaysia yang mungkin tidak sedar bahawa turun berkumpul ke jalan raya adalah hak kita sebagai warga negara ini. Hak ini ada tercatit dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Justeru berkumpul dan berdemo adalah hak asasi kita.
Sepatutnya PDRM buat lebih dari ni demi keamanan
Tidak dinafikan bahawa sebarang perhimpunan adalah dibenarkan di dalam Perlembagaan malaysia tetapi ianya dengan bersyarat. Bukannya sesuka hati. Tiada sesiapapun akan marah jika ianya berkumpul untuk kearah kebaikan tetapi jika berkumpul dan merosakkan harta benda awam, melingkupkan perniagaan orang, menyusahkan trafik....adakah itu juga dikira sebagai perhimpunan yang dibenarkan? Kita imbas kembali demonstrasi yang paling terbaru iaitu Lynas dan BERSIH 2.0. Bukankah ianya menyusahkan ramai peniaga-peniaga, orang awam yang tidak terlibat dan lain-lain sektor yang tiada kena mengenapun dengan perhimpunan tersebut.


Akhir kalimah, jika tidak suka kepada sebuah Kerajaan, jatuhkan ia dengan secara 'gentleman' bukannya cara yang menyusahkan orang lain....


3 ulasan:

Anonymous said...

Si Bangsat Hishamudin Rais ni bukan ada pa apa pon jasa kat Negara!!! Kat Mak Bapak dia pon tak ada jasa agaknya fasal lama membangsat di luar negara. Sekali balik kemari nak cakap pandai!!! Nyah kau dari sini!!

Anonymous said...

Orang yang menghabiskan 90% hidupnya yang benci kepada kerajaan Malaysia.Pada dia semua Perdana Menteri dahulu dan sekarang tidak sesuai dengan selera dia. Kalau begitu baik tinggal negara ini ,cari yang lebih sesuai dengan dia.Pengaruh pun tiada ,tak ubah macam sampah dan bangkai yang busuk.

Anonymous said...

Hishamuddin komunis haprak dah la tak ada jasa kepada negara nak menghuru-hara dan memporak-peranda negara adalah pegi mampus sama lu.....

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.