.

.

Pages

GERAKAN BERGABUNG DENGAN DAP? TIDAK MUSTAHIL...

Thursday, March 29, 2012

Assalamualaikum...


Gendang pilihanraya umum semakin kuat kedengaran. MKT tertanya-tanya dimanakah parti GERAKAN? Nampak macam tiada perancangan dan seperti hendak bergabung dengan DAP sahaja seperti sebelum 1969. Sememangnya tiada langsung strategi dari parti GERAKAN untuk menawan kembali Pulau Pinang dari tangan DAP.
Yang MKT lihat dari senario politik sekarang, peperangan yang berlaku disana hanyalah antara UMNO dengan Pakatan Rakyat khususnya DAP. Tiada langsung suara-suara dari GERAKAN untuk mencari penyelewengan dari Lim Guan Eng. Mungkinkah Presiden GERAKAN, Koh Tsu Koon sudah bergabung secara diam-diam dengan Lim Guan Eng demi untuk membiarkan tanah hak Melayu tergadai sepenuhnya?

Mungkinkah provokasi Lim Guan Eng seperti disebelah ini membuatkan Koh Tsu Koon merajuk dan bertindak mendiamkan segala perancangan GERAKAN?

Kemanakah suara dari GERAKAN Pulau Pinang? 

Adakah dengan sekadar duduk diam sahaja dan membiarkan UMNO berperang dan jika menang, hendak kembali kuasa sebagai Ketua Menteri?

Walaupun Perdana Menteri sudah mewar-warkan yang Ketua Menteri Pulau Pinang tetap milik GERAKAN tetapi dengan keadaan senario sekarang, MKT rasa Perdana Menteri wajib mempertimbangkan semula tawaran itu.

MKT harap para blogger-blogger Pulau Pinang dapat menegur dan membuat tindakan terhadap parti GERAKAN sesegera yang mungkin. Kerana dikhuatiri mungkin parti ini adalah musuh didalam gelap.  Dan musuh di dalam gelap adalah lebih merbahaya dari musuh yang kita ketahui....

Betul tak?...

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.