.

.

Pages

BUKU PERKAUMAN YANG DIBANGKITKAN OLEH JUAK DAP...

Monday, March 5, 2012


Sebuah buku latihan sejarah bagi pelajar tingkatan lima yang memuatkan soalan tentang cara-cara mempertahankan status orang Melayu telah menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak. Salinan buku dan soalan itu dimuat-naikkan di Facebook pada 26 Februari dan telah dikongsi oleh hampir 3,000 pengguna lain. 

Buku latihan sekolah menengah itu adalah sebahagian daripada siri latihan topikal yang diterbitkan oleh Oxford Fajar untuk pelajar tingkatan lima di bawah tajuk “Effective Practise”.



Soalan yang dipertikaian adalah soalan pada halaman 31 yang berbunyi: "Sekiranya anda seorang pemimpin, nnyatakan dua langkah yang boleh anda lakukan untuk mempertahankan status quo Melayu." 



Warga maya, Jack Lim yang memuat naikkan soalan itu, menulis di Facebook: "Saya singkap buku latihan sejarah anak gadis saya dan soalan itu menarik perhatian saya. Sedih anak-anak saya terpaksa belajar di negara ini. " 



"Ini adalah kerja mereka yang bersifat rasis tetapi bersembunyi di dalam sistem negara ini," kata Chin Yew Meng di Facebook, manakala Vincent Wong menambah: "Ini kerja orang sakit"

Assalamualaikum...

Apa masalahnya tajuk soalan diatas? Kena mengena dengan rasis/perkauman? Ataupun perlukah ianya digubal menjadi " Sekiranya anda seorang pemimpin, nyatakan dua langkah yang boleh anda lakukan untuk mempertahankan statu quo bangsa Cina" baru dikatakan sebagai bukan rasis? Adakah dengan soalan itu disifatkan sebagai satu ancaman kepada lain-lain bangsa negara ini?

MKT boleh agaklah yang si Jack Lim, Chin Yew meng dan Vincent Wong adalah penganut DAP tegar. Sebab hanya DAP sahaja yang mempermainkan isu perkauman ini. Sedangkan berjuta-juta lagi bangsa lain tidak pula mempertikaikannya.

Cuba para pembaca renungkan sejenak apakah Melayu di negara ini menyebarkan fahaman Apartheid seperti yang berlaku di Afrika Selatan dahulu? Yang meniupkan api perkauman ini adalah dari parti DAP sahaja. Tidak kedengaran pula parti MIC ataupun MCA meniup api perkauman kepada ahli-ahlinya.

Jika kami, Melayu bersifat rasis seperti yang dicanangkan, alamat bangsa-bangsa lain tidak akan berupaya menjejakkan kaki kamu di negara ini pada suatu masa dahulu. Disebabkan tolenransi antara kaumlah yang menyebabkan kami, Melayu berdiam diri dan memekakkan telinga bila dituduh secara liar begitu.

P/S dari MKT KHAS untuk DAP : JANGAN SIMBAH MINYAK KEPADA BARA, KELAK APINYA AKAN MEMBAKAR DIRI....

1 ulasan:

Anonymous said...

ko tu bodoh

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.