.

.

Pages

USTAZ AZIZAN ANTI SUNNAH?

Saturday, February 18, 2012

Assalamualaikum...

Baru MKT tahu yang Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah adalah seorang yang anti sunnah Rasullah. Kerana apa? Kerana sebelum beliau menjadi Menteri Besar Kedah, beliau adalah seorang yang mengikut sunnah-sunnah Rasullah tetapi bila masa beliau menjadi Menteri Besar beliau telah jelas-jelas menolak sunnah Rasullah.

Dalilnya? 

1) Beliau tidak pernah berserban seperti Rasullah - Selama ini juak-juak PAS selalu mengatakan pemipin UMNO adalah sekular dan kafir kerana menolak sunnah Rasullah. Sekarang apa pula spin juak-juak PAS bekenaan hal ini?

2) Beliau menolak terang-terang hukum Hudud - Dalam rakan-rakannya dalam PAS bermati-matian menabur cerita bohong tentang hendak melaksanakan hukum hudud, beliau dengan selamba menolak dengan alasan yang sama dengan UMNO..."Belum sampai masanya lagi"...Jadi jatuh kafirkah Ustaz Azizan ni wahai juak-juak PAS?

3) Beliau hidup mewah sedangkan ramai lagi rakyat yang susah - Dahulu juak-juak PAS dok canang keliling negara yang Kerajaan UMNO/BN ni zalim sebab biar rakyat hidup susah dan dilabel zalim. Sekarang juak-juak PAS tak mahu ker label gelaran yang sama kepada Ustaz Azizan sebab masih ada lagi rakyat yang susah dibawah pemerintahannya?

4) Beliau telah melenyapkan simbol Islam di Alor Setar - Madrasah Salihiah sebagai contoh dan akan datang MKT ambil contoh seperti Pusat Dakwah dan Masjid Nagore. Rasullah ada ke merobohkan masjid, surau atau Pusat Islam sebab alasan demi untuk pembangunan?

P/S dari MKT : Cukup-cukuplah kot MKT beri dalil mengapa MKT katakan yang Ustaz Azizan sudah menjadi anti sunnah Rasullah. Yang lain-lain tu, rakan-rakan tafsirlah sendiri...hehehehe....

2 ulasan:

Anonymous said...

Ugh.. admin, reti pilih kale yg xsakit mata x?

Ibnu Dahlan said...

Ok...terima kasih atas teguran

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.