Assalamualaikum..
DAP begitu gah berbangga bila mencanang tentang agenda dasar partinya iaitu 'Malaysian Malaysia'. Ia membawa makna konsep sama rata antara semua kaum tanpa ada kelebihan. Sukacita MKT hendak menyelak kembali kelemahan-kelemahan yang ada di dalam Perlembagaan DAP dimana para pengikutnya jelas-jelas mengengkari perlembagaan mereka sendiri. Mari kita rujuk Perlembagaan DAP dibawah Fasal II (5) bertajuk Matlamat-matlamat DAP :
5. Mempertahankan dan menjunjung kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan dan menjamin kewajipan dan hak untuk mempertingkatkan status, memperkembangkan, mempelajari dan menggunakan bahasa-bahasa ibunda yang lain, termasuk bahasa Cina, Tamil, Inggeris dan lain-lain bahasa asal.
Apakan kelemahan fasal ini? Kelemahannya berapa ramaikah para pemimpin DAP yang cukup fasih berbahasa Malaysia sedangkan mengikut Perlembagaan DAP ianya menjunjung kedudukan bahasa Malaysia sebagai bahasa utama. Berapa ramaikah pemimpin-pemimpin DAP yang fasih menyanyikan lagu kebangsaan Malaysia? Dan soalan terakhir, berapa ramaikah pemimpin DAP yang mahu menukar corak jalur gemilang dan lagu kebangsaan Negara Malaysia?
Inikah sifat-sifat seorang negarawan yang sayangkan negaranya? Sebenarnya pemimpin DAP adalah seorang yang bermuka-muka di dalam apa jua tindakan, janji matlamatnya tercapai.
P/S dari MKT : DAP bukanlah satu parti yang relevan didalam suasana politik Malaysia. Dimana didalam Perlembagaannya sahaja yang menyatakan tiada perkauman tetapi hakikat realitinya penuh dengan sifat-sifat perkauman.
0 ulasan:
Post a Comment