.

.

Pages

NASIHAT KEPADA AHLI-AHLI PARTI KITA....

Thursday, February 9, 2012

Assalamualaikum...
Baru-baru ini rakyat dihebohkan oleh cadangan Presiden parti KITA iaitu Datuk Zaid Ibrahim untuk membubarkan parti tersebut selepas Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM). Memang heboh...

Ada pelbagai versi berkenaan isu ini. Antara yang paling popular adalah mengenai tawaran PAS kepada Datuk Zaid untuk bertanding di PArlimen Kota Bharu dan pemecatan Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air Kedah dan Pulau Pinang tanpa sebab yang kukuh.

Alahaii....Semasa dalam UMNO lagi Datuk Zaid sudah buat kecoh, selepas itu dalam PKR pun beliau jadi bodoh. Sekarang ini masih lagi hendak buat tindakan yang paling bodoh dalam sejarah karier politiknya.

Bagi MKT, ini semuanya disebabkan salahtafsir pemimpin-pemimpin atasan parti KITA. Sepatutnya mereka menyiasat dan menilai latar belakang dan peribadi manusia bernama Zaid Ibrahim ni. Bukan melantik beliau atas nama taksub dengan teori kononnya beliau adalah seorang pejuang tulen.

MKT berasa terkilan dimana sebuah parti Melayu, walaupun bukan penyokong Kerajaan, akan dibubarkan oleh kerana kebodohan Presidennya. Ingatlah...Datuk Zaid ini lebih teruk lompatnya dari Datuk Ibrahim Ali. Jika juak-juak di sana mengelar Ibrahim Ali ini katak maka layaklah Zaid ini pun digelarkan sedemikian. Malahan lebih teruk dari itu pun tidak mengapa.

Sepatutnya Datuk Zaid kena fikirkan sebaik-baik jalan penyelesaian dengan amanah yang telah diberikan kepada beliau oleh ahli-ahli parti KITA. Bukannya mengabaikan tanggungjawab. Jika beliau menggunakan alasan terlalu kecewa, maka sepatutnya beliau seorang yang meletak jawatan bukannya bubarkan parti. Ada logik kah jika beliau bertindak sedemikian? Marahkan seekor nyamuk, satu rumah dibakarnya. Itu sebab MKT mengelarnya sebagai tindakan bodoh.

Mungkinkah ini satu konspirasi politik dimana ada agenda Pakatan Rakyat yang tidak mahu parti KITA menjadi duri dalam daging? 

Bayangkan jika parti KITA kuat dan bertanding juga semasa PRU ini, bukankah ianya akan memecahkan undi kepada 3 bahagian? Secara tidak langsungnya, rakyat yang telah membenci Kerajaan tetapi tidak setuju dengan Pakatan Rakyat akan mengundi parti KITA. Oleh yang demikian, lebih mudah hapuskan parti KITA agar rakyat yang membenci tadi tidak mempunyai pilihan yang lain selain mengundi Pakatan Rakyat. 

Para pembaca jangan lupa, Datuk Zaid Ibrahim asalnya ahli UMNO, selepas itu ahli PKR. Jika hendak membuat tuduhan sebagai tali barut, relevan lagi kepada PKR. Senario letak jawatan dahulu sebenarnya adalah sandiwara politik. 

Mungkin beliau telah dihantar sebagai musuh di dalam selimut untuk menghancurkan parti KITA supaya PAkatan Rakyat menjadi lebih relevan kepada rakyat yang membenci Kerajaan.

Siapa tahu? Ini adalah teori tetapi mungkin akan menjadi kenyataan...

P/S dari MKT : Nasihat MKT kepada ahli-ahli KITA. Lebih baik buang Presiden dari buang parti. Kerana parti akan terus hidup kerana dasar parti walaupun ada Presiden yang bodoh...

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.