Assalamualaikum...
Jawapan Perdana Menteri adalah semudah dan pendek daripada yang MKT jangkakan tetapi ianya cukup sinis, padat dan pedas.
"Mesyuarat itu, mengikut Perlembagaan, melibatkan semua negeri, kami panggil semua menteri besar dan ketua menteri dari pembangkang...seperti jawatankuasa tanah, kerajaan tempatan dan mesyurat melibatkan kewangan negeri... Kami menghormati Perlembagaan," kata Presiden Umno selepas mempengerusi mesyuarat majlis tertinggi parti itu.
"Mesyuarat itu diadakan dua hari lalu lebih kepada penyelarasan antara kerajaan negeri dan pusat dan ia hanya untuk Menteri Besar dan Ketua Menteri Barisan Nasional (BN)," tambah beliau.
Najib menambah ia amalan biasa sebelum ini, mengulangi tidak menolak pemimpin Pakatan Rakyat.
"Mereka mengadakan banyak mesyuarat sendiri tanpa menjemput kami...kami tidak mengadu," katanya sambil ketawa.
Seperti biasalah, juak-juak PR akan permainkan apa sahaja wayang opera yang dilakonkan oleh pemimpin mereka. Pada mereka, pemimpin mereka adalah maksom, tiada langsung kesalahan.
Hatta sudah diberi penjelasan pun masih ada juga yang akan mempertikaikan dan mengulang tayang isu lama. Percayalah, lagi dua atau tiga minggu nanti akan ada juak-juak PR mengepos kembali isu ini di dalam dinding laman sosial.
Bukan mereka tidak faham cuma apabila mata ditutup dan telinga juga dipekakkan maka secara tidak langsungnya hati pun akan gelap menerima segala kebenaran. Sebijik macam perangai masyarakat Jahiliyah dahulu....
0 ulasan:
Post a Comment