Assalamualaikum...
Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin mendakwa, Anwar tidak menyukai mana-mana pemimpin ulama dalam Pas yang tegas mempertahankan kedudukan Melayu dan Islam kerana mahu prinsip itu diliberalkan.
Menurut Mohammad Fairus, bibit-bibit usaha bagi menjatuhkan Azizan bermula apabila Anwar secara terbuka dalam satu mesyuarat pakatan pembangkang tidak bersetuju dengan dasar menaikkan peratus pemilikan bumiputra untuk tanah rizab Melayu kepada 50 peratus.
“Saya sendiri (selaku Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang pada masa itu) berada dalam mesyuarat dan Anwar tidak setuju dengan dasar 50 peratus pemilikan bumiputera untuk tanah rizab Melayu. Anwar mahu dasar tersebut diliberalisasikan seperti sedia kala.
Kasihan Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan, diserang dari segenap penjuru. Dari golongan UMNO, tidaklah menjadi tajuk utama kerana sememangnya UMNO dikategorikan sebagai musuh politik. Yang menjadi tajuk UTAMAnya bilamana rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat sendiri yang menikam belakangnya bertalu-talu.
Ingatkan sekadar exco-exco yang lupa daratan sahaja yang bertindak memulaukan dan hendak menjatuhkan beliau, rupa-rupanya ini adalah satu konspirasi untuk menjatuhkan Ustaz Azizan dari kerusi empuk Menteri Besar Kedah. Siapa lagi kepala dalangnya, tidak lain dan tidak bukan Ketua Pakatan Rakyat sendiri yang bersungguh-sungguh hendak menjatuhkannya.
Persoalan yang timbul, apakah tindakan Ustaz Azizan dalam menangani konspirasi sulit ini? Adakah dengan sekadar jawapan tidak tahu?
MKT harap Harimau Tua dari Kedah ini bisa bangkit mempertahankan integritinya. MKT masih lagi ada sikap menghormatinya kerana ketegasannya bukan kerana fahaman partinya.
0 ulasan:
Post a Comment