Assalamualaikum...
Ada seorang sahabat MKT di kepulauan Langkawi telah meminta MKT buat satu artikel untuk menerangkan taktik-taktik jahat segerombolan manusia-manusia yang tidak reti mengenang budi terutamanya dari juak-juak sebelah PKR. Mangsanya adalah Tun Dr. Mahathir, seorang individu yang cukup banyak jasanya kepada masyarakat Langkawi. Malahan jasa Tun adalah tidak ternilai harganya dari bekas Dee Jay itu ataupun juak-juak PKR yang dok kuat menghasut itu.
Dengan agenda memfitnah Tun, mereka juga bercadang hendak menggunakan lori bertujuan untuk membuat hebahan sekeliling kampung seluruh pulau. ( satu advantage) Antara fitnah yang akan di war-warkan kepada penduduk kampung adalah :
1) Tun ambil tanah orang-orang Langkawi secara zalim -
Zalim? Adakah kerana tidak dapat harga tanah seperti nilai sekarang, dikatakan zalim? Itu namanya BODOH. Kerana jika Tun tidak beli tanah-tanah di Langkawi pada masa dahulu, masakan tanah tersebut akan bernilai setinggi sekarang? Masakan Pulau Langkawi akan menjadi pulau tersohor di dunia seperti sekarang?
2) Projek Cable Car adalah milik Tun Mahathir -
Jika ianya milik Tun, mengapa semasa Tun hendak menaiki kereta kabel, Tun juga kena bayar harga tiketnya? Mengapa tidak katakan Ferry Liner tu Ustaz Azizan yang punya sebab MKT dengar ceritapun Ustaz Azizan pun naik secara percuma sahaja?
3) Telaga Harbour adalah milik Tun -
Telaga Harbour adalah milik LADA bukannya milik Tun. Tun tiada kena mengena dengan urusan tanah tanih di sebelah Pantai Kok dimana terletaknya Telaga Harbour. Hakikatnya tanah tersebut adalah milik FELCRA Berhad pada mulanya dan dijual kepada LADA hingga sekarang.
Jadi?
Dimanakah bukti-buktinya mengatakan fitnah tersebut
adalah benar?
Mengapa tidak berani menuduh Sekolah Tahfiz Sains dan Hotel bajet Metro Giant adalah milik Ustaz Azizan? Bukankah beliau yang akan merasmikan upacara pemecahan tanah taklama lagi?
Mengapa mereka tidak berani menuduh Ladang Rakyat adalah milik mutlak Ustaz Azizan? Sedangkan dengan angkuhnya Ustaz Azizan merampas tanah wakaf Madrasah Salihiah, itu tidak dinamakan zalim? Adakah dengan pembinaan Plaza Alam Sentral itu bukan namanya pembangunan? Adakah mereka lupa yang pada satu masa nanti tanah tersebut akan naik nilaiannya di sebabkan pembinaan plaza tersebut?
Kepada penduduk-penduduk Pulau Langkawi, janganlah terperdaya kepada individu-individu yang tidak pernah berjasa pun kepada anda. Jika jasa individu PKR itu lebih besar dari Tun, bolehlah disalahkan MKT. Cercalah MKT, MKT rela.
P/S dari MKT : Rasanya MKT akan selamat dari cercaan atau sumpahan kerana memang juak-juak PKR sebenarnya tidak ada jasa sekelumit pun kepada masyarakat Langkawi keseluruhannya ...
0 ulasan:
Post a Comment