.

.

Pages

DARI LANGKAWI..PENYOKONG TEGAR KOYAK DUIT BR1M DI KEDAWANG

Saturday, February 4, 2012

Assalamualaikum...
MKT membawa berita gempar dari Langkawi. Ini bukannya spekulasi atau andaian tetapi ianya benar-benar kejadian yang telah berlaku sejurus penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di Mukim Kedawang baru-baru ini.

Beritanya adalah adalah seorang hamba Allah ini yang sebenarnya layak menerima bantuan kewangan dari Kerajaan tetapi oleh kerana terlalu taksub kepada perjuangan salah sebuah parti Islam tu, dikoyaknya 10 keping not RM50.00 atas alasan duit haram. Dilakukannya didepan orang-orang yang hadir. Salah seorang yang hadir itu telah menceritakan peristiwa itu kepada MKT. Sayangnya tiada bukti bergambar tetapi ambillah ia sebagai teladan kepada yang masih belum dapat BR1M.

Pemberian itu bukanlah datangnya dari duit haram seperti yang digembar gemburkan. Ianya adalah dari sumber yang halal. Ingat Perdana Menteri nak bagi rakyatnya makan duit haram ker seperti kisah seorang Ketua Menteri tu? Gamak ambil duit judi lumba kuda bagi kepada golongan orang-orang tua di negerinya.

P/S dari MKT : Bila dikatakan bodoh, ada otak tetapi mengapa tidak gunakan otak itu untuk kearah kebaikan? Itulah persepsi pemikiran juak-juak Pakatan Rakyat.

2 ulasan:

Anonymous said...

ambillah pengajaran. bukti kegagalan kerajaan melahirkan insan yg cerdik. ke up sikit sistem pendidikan kita... brader tu pun 1 hal.. bg anak yatim, orang miskin kan bagus. tp dah bodoh, nak buat macamana...

Anonymous said...

bongkaknya

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.