.

.

Pages

DARI LANGKAWI...CERAMAH BOHONG PKR LANGKAWI

Saturday, February 25, 2012

Assalamualaikum...


Pada pagi ini MKT hendak mendedahkan kepada para pembaca yang budiman tentang cerita-cerita bohong oleh tukang karut yang didatangkan khas dari luar Langkawi dan seorang Naib Ketua Cabang Langkawi oleh PKR Cabang Langkawi. 

Hebat!! Memang hebat sambutannya. Menggalakkan. MKT cuba menghitung berapa ramai yang hadir dengan menggunakan jari kaki MKT. Rupa-rupanya tidak sampai pun 100 orang. Kebanyakkan hadirin terdiri Pemuda Keadilan dan satu NGO Pertubuhan Silat yang agak terkenal di Langkawi. Hitung punya hitung dengan jari kaki MKT, ternampak pula golongan kanak-kanak yang belum baligh memenuhi ruang kerusi di bawah 4 buah khemah. Rupa-rupanya golongan itulah yang paling ramai sekali berbanding dengan yang lain...Adehhh....

MKT rasa Tuhan pun tidak merestui pembohongan demi pembohongan PKR di sini sebab itu dari awal majlis hingga tamat, hujan tidak berhenti-henti mencurah. Ye lah...pada pendapat MKT ianya bukannya hujan rahmat tetapi hujan menghalang rakyat marhain Langkawi dinodai dengan cerita-cerita bohong oleh PKR.

MKT hendak mengulas sedikit sahaja pembohongan mereka iaitu mengenai BR1M. Yang lain-lainnya MKT akan dedahkan pada artikel terbaru selepas  pos entri ini. Tukang-tukang karut ini telah membuat tohmahan terbaru yakni duit BR1M ini diberi kepada rakyat tetapi akan dikutip kembali oleh saman trafik. Kerajaan arahkan pihak Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan memenuhkan kuota saman trafik untuk menggantikan duit BR1M.

Adehhh....dahulu mereka kata BR1M ni dipinjam dari bank dunia lah, duit haramlah, duit KWSP lah dan pelbagai lagi dakyah-dakyah memburukkan imej Kerajaan di mata rakyat. Sekarang cuba membangkitkan pula tohmahan terbaru mengenainya. Selepas ini apa lagi ya tukang karut Pakatan Rakyat hendak buat cerita pula?

Diakhir majlis itu PKR Langkawi memberi rasuah kepada 20 kanak-kanak berupa sebuah kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Tidak lupa juga kepada golongan dewasa diumpannya pula dengan beras 5 kilo kepada 30 orang.

P/S dari MKT : Jika UMNO beri beras, dituduhnya rasuah. Jika UMNO bagi duit BR1M pun dikatakan rasuah. Habis tu, PKR bagi menda-menda semua tu, nak dikategorikan sebagai apa pula yer...? 

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.