.

.

Pages

DARI LANGKAWI - RUMUSAN CERAMAH PEMBOHONGAN OLEH PKR LANGKAWI

Saturday, February 25, 2012

Assalamualaikum...


Seperti yang MKT janjikan bahawa pada entri kali ini MKT akan mendedahkan segala apa yang dibohongkan oleh tukang-tukang karut kepada penduduk Kg. Syed Nahar, Langkawi pada sessi pembohongan semalam.

Penceramah : 1) Zulkifli Mohamad - Penyelaras MKK PKR Negeri Kedah
                    2) Azamuddin Taib - Naib Ketua Cabang PKR Langkawi

Antara pembohongannya adalah :


  • Menyeru kepada golongan muda supaya menolak UMNO dan memilih Pakatan Rakyat demi untuk kesejahteraan Akhirat - Jangan dok gebang pasal Akhirat la. Kebanyakkan pengikut-pengikut PKR sendiri pun kaki ganja dan daun ketum, Ingat dok menagih tu, boleh masuk syurga ker? 
  • Menuduh cerdik pandai UMNO tidak berani berbicara tentang siasah politik secara syariah - Ini lagi satu tuduhan yang dangkal kerana sikit punya banyak golongan atasan UMNO yang ada pendidikan tinggi berkenaan agama Islam seperti Zahid Hamidi. Berbicara pula tentang kebenaran bukannya membuat fawa songsang.
  • Kos PLUS adalah sebanyak RM5 billion sahaja sedangkan keuntungan PLUS adalah sebanyak RM18 billion setahun - Bila kata mereka ini penipu, mereka akan melenting tetapi itu adalah hakikatnya. Mana boleh nak samakan kadar kos dengan keuntungan? Kalau begitu, minta sahaja Ferryliner (perkhidmatan feri Langkawi) bagi percuma sahaja perkhidmatannya kerana keuntungan syarikat itupun sudah melebihi kos awal penubuhannya. Nak berhujah tentang ekonomi ni, jangan dok menipu sangat. Memang kebanyakkan rakyat tidak tahu tetapi bila buat begini, nampak sangat PKR begitu tega hendak memperbodohkan rakyat.
  • Mempertikaikan harga minyak di Malaysia yang tinggi walhal malaysia adalah negara ke 27 pengeluar minyak - Ini lagi satu agenda bodoh PKR hendak memperbodohkan rakyat. Rasanya sudah berulangkali diterangkan kepada rakyat berkenaan isu ini. Rasanya MKT pun tidak larat hendak mengulas panjang tentang hal ini lagi.
  • Mempertikaikan harga kereta mahal di Malaysia berbanding Thailand - MKT syorkan sesiapa yang bersetuju dengan pendapat ini, silalah kemas barang dan berambus dari negara ini dan menetap di Thailand. Mengapa tidak pertikaikan harga kereta Malaysia dengan negara Amerika Syarikat? Inilah dinamakan bodoh yang tidak boleh diajar. Kos upah buruh di sini lagi mahal dari Thailand. Kos cukai pun mahal disebabkan nilai matawang negara adalah lebih tinggi dari Thailand. Jadi, apa masalahnya?
  • Menyeru rakyat agar menolak berita yang disebarkan oleh akhbar kerana ianya adalah alat propaganda BN - Kalau begitu MKT pun hendak menyeru kepada rakyat agar menolak juga segala media yang disediakan oleh Pakatan Rakyat. Kerana 95% daripada apa yang cuba disebarkan oleh media-media tersebut adalah palsu lagi meragukan. Kerana wartawan-wartawan akhbar Pakatan Rakyat membuat andaian tanpa menyiasat dan menyembunyikan segala fakta kebenaran.
  • Menyeru rakyat supaya menyertai Himpunan Hijau 2.0 demi untuk membantah BN menghancurkan rakyat dengan sisa toksik dan radioaktif - Ini lagi satu dakyah sesat. Sudahlah ajak rakyat melanggar undang-undang negara selepas itu memomokkan rakyat dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal. Siapakah yang wajib kita percaya? Ahli-ahli PKR yang hanya mendengar taklimat isu dari pemimpinnya atau pakar radioaktif? Jika yag memberi ceramah berkenaan bahaya radioaktif ini adalah pakar, MKT pun akan turut serta meyertai Perhimpunan Hijau 2.0 ni. Tapi....bila disemak kembali latar belakang kedua-dua penceramah itu, alamak....HAMPEHHH......hihihihi....
P/S dari MKT : Sebanyak 7 cerita bohong oleh TUKANG KARUT PKR yang MKT utarakan di dalam entri pada kali ini. Insyallah...jika ada berita-berita bohong yang sampai ke telinga MKT, akan MKT dedahkan lagi kepada para pembaca. Supaya para pembaca dapat menilai betapa kuatnya pembohong juak-juak PKR ini. Sama macam Ketua Umumnya.....

1 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.