.

.

Pages

SBPA AKAN DILAKSANAKAN PADA HUJUNG BULAN MAC INI?

Saturday, February 25, 2012

Assalamualaikum...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan keputusan kerajaan berhubung isu skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada perhimpunan yang dianjurkan Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada 12 Mac depan.


"Tunggulah masa, kalau saya umum hari ini tak jadi (tidak seronok), tak ada 'surprise' (kejutan). "Mungkin tunggulah bila kita ada majlis, Cuepacs setuju untuk mengatur satu perhimpunan besar-besaran di mana dalam perhimpunan itu nanti saya akan menyampaikan keputusan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di bandar Melaka di sini, semalam.

Sementara itu, Najib berkata, mesyuarat yang diadakan dengan Cuepacs kelmarin berlangsung dalam suasana baik dan mereka bersikap positif dalam isu penyelesaian SBPA.

Kelmarin, Najib mengadakan pertemuan dengan Cuepacs selama 45 minit dengan sembilan pemimpin tertinggi CUEPACS yang turut disertai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan di Pejabat Perdana Menteri.

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman pada pertemuan itu dilaporkan berkata pihaknya akan mengadakan perhimpunan besar-besaran yang mengumpul 15,000 penjawat awam di Bukit Jalil pada 12 Mac depan yang dijangka dihadiri Perdana Menteri.

Apa lagi kakitangan Kerajaan. Untung besar akan menanti semua penjawat awam pada hujung bulan Mac ni... Tunggakan kenaikan dari Januari hingga Mac akan dibayar sekaligus.

Jika selepas ini masih ada jugak kakitangan Kerajaan yang masih lagi memfitnah Kerajaan ini zalim, tak tahulah jenis apa manusia itu. 

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.