.

.

Pages

DARI A.SETAR...RUNTUHAN ISLAM KALI KETIGA DI KEDAH?

Thursday, February 16, 2012

Assalamualaikum...

Semalam MKT mendedahkan perihal perancangan Kerajaan Negeri Kedah di bawah pentadbiran PAS bercadang untuk meruntuhkan Pusat Dakwah yang di bawah seliaan Yayasan Islam Kedah klik sini dan MKT juga berjanji akan mendedahkan perancangan Kerajaan Kedah PAS Kedah untuk merobohkan salah satu masjid yang lain.

Seperti yang MKT dapat maklumat kelmarin, Kerajaan PAS Kedah bercadang merobohkan Pusat Dakwah Negeri Kedah dan membina tapak letak kereta di kawasan tersebut. Kali ini pelan pembangunan PAS selepas PRU ini adalah untuk meruntuhkan pula Masjid Nagore yang telah dibina sejak dari tahun 1881. Atas alasan pembangunan di sekitar Pekan Melayu dan Pekan Cina. 

Dari siasatan MKT sendiri sememangnya di sekitar Pekan Melayu dan Cina terdapat banyak kedai-kedai usang dan ada yang telah roboh. Jadi, setelah melihat semua keadaan itu maka MKT berasa yakin akan khabar yang telah diceritakan kepada MKT semalam oleh salah seorang pegawai PKNK tersebut.

Sememangnya satu perkara yang baik hendak didirikan pemulihan keatas bangunan-bangunan lama tapi perlu sangatkah atau kemaruk sangatkah hingga sanggup meruntuhkan rumah Allah yang sudah berusia lebih dari 100 tahun itu?

P/S dari MKT : Ellehh...setakat Madarasah Salihiah Kangchut yang hampir sama usia dengan Masjid Nagore pun boleh dijual kepada bangsa DAP Penang, takkan perkara semudah itupun mereka tidak boleh lakukan jugak? Betul tak?

4 ulasan:

Anonymous said...

Astaghfirullahadzim..
kalau betuilah Pusat Dakwah dan Masjid Nagore yg aku kecik2 dlu duk pi tu nk diruntuhkan..Insya Allah aku sanggup jd perisai manusia melawan puak2 dajjal PAS laknatullah ini..

Ya Allah apa nk jd dgn puak2 jahanam PAS ini..lebih teruk dr org2 kafir..

UMNO xpernah buat kerja2 mcm ni..sejahat2 UMNO..UMNO tidak pernah ganggu rumah2 ibadah!

UMNO perintah sejak merdeka..masjid2 dan surau2 lama tidak dimusnahkan..malah diberi naik taraf

Kalau betul ini berlaku..Insya Allah menentang PAS ialah JIHAD AKBAR!!

Ibnu Dahlan said...

Kita sama-sama pertahankan keagungan Islam. MKT rasa malu dengan PAS kerana kononnya perjuangkan Islam tetapi sebenarnya meruntuhkan Islam...

awang said...

Allah berfirman, maksudnya:-

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

Ibnu Dahlan said...

HIhihihi....bg bukti la jk ente kata MKT ni jenis fasik? Sebelum nk tuduh org len tu fasik, cermin diri sendiri dahulu....FAHAM?...

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.