KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang kolumnis akhbar Arab Saudi, Hamza Kashgari, yang dikehendaki oleh kerajaan negara itu kerana dilaporkan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Sumber Interpol memberitahu Bernama hari ini, lelaki itu ditahan polis sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang semalam setelah melarikan diri dari negara itu.
Kolumnis berkenaan dilaporkan telah mengeluarkan satu laporan yang menghina Islam melalui twitternya, yang menyebabkan kemarahan rakyat Arab Saudi.
Menurut laporan media Arab Saudi, Hamza mengeluarkan laporan itu pada hari sambutan Maulidur Rasul minggu lepas dengan membayangkan seolah-olah dirinya berinteraksi dengan Nabi Muhammad SAW dan seolah-olah kedua-dua mereka adalah
sama taraf.
Hamza turut menyatakan ada sifat Nabi Muhammad SAW yang disukai dan tidak disukainya.
Media negara itu melaporkan susulan laporan Hamza, sebanyak 30,000 entri twitter yang marah dengan laporannya dibuat dalam tempoh kurang 24 jam
Assalamualaikum...
MKT men copy paste artikel diatas adalah kerana untuk memberi gambaran yang jelas bahawa Kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan penghina agama Islam dan Rasulnya. Jadi mana buktinya Kerajaan menyokong para-para penghina Islam? Segala tuduhan yang di bawa oleh pihak pembangkang ternyata tersasar dari sasarannya.
Selepas ini MKT harap tiada lagi rakyat yang akan terpengaruh dengan dakyah-dakyah palsu dari pembangkang berkenaan isu Kerajaan melindungi penghina-penghina Islam dan Rasulnya.
P/S dari MKT : Isu Sitt Al-Wuzarra tu pun Kerajaan tengah tunggu masa nak cekupnya. Buktinya sudah cukup hanya menunggu bila kealpaan dari pihak sebelah Sitt al-wuzarra sahaja lagi...
0 ulasan:
Post a Comment