.

.

Pages

TUDUNG..ISU YANG TERLEPAS PANDANG

Monday, January 16, 2012


Sukacita MKT hendak beritahu perkembangan terbaru Kerajaan UMNO/BN. Selama ini mungkin juak-juak Pakatan Rakyat (yang kononnya lebih agama dari yang lain) terlepas pandang.

Selama ini juak-juak ini selalu memainkan isu dedah aurat terutamanya rambut. Terutamanya isteri YAB Perdana Menteri. yang ter'nampak ' jambulnya. Hehehe...memang betullah ungkapan Tun Mahathir yang dahulu iaitu Melayu Mudah Lupa.
Mereka lupa pada zaman persekolahan dahulu amat jarang pelajar perempuan mengenakan baju kurung dan bertudung. Terutamanya pada tahun 1970-an. Pakaian sekolah harian adalah berbentuk 'pinafore'. Tetapi mengapa pula juak-juak ini menyembunyikan fakta yang pihak sekolah sudahpun MEWAJIBKAN pemakaian baju kurung dan bertudng bermula pada awal tahun 1990-an? Itu membawa maksudnya yang Kerajaan sedang  mendidik rakyatnya secara beransur-ansur mendalami Islam.
Tidak hairanlah jika pada masa sekarang ini terdapat banyak pelajar perempuan sudahpun memakai yang bertutup aurat apabila ke sekolah. Amat ketara bijaknya perancangan Kerajaan dalam mendidik rakyatnya kearah Islam tanpa ada perselisihan antara kaum.
Sebab itu didalam mendidik rakyat supaya cenderung ke arah Islam haruslah dilakukan secara berilmiah. Bukannya membuta tuli dan paksaan. Setidak-tidaknya Kerajaan sudahpun meletakkan asas agama yang cukup kepada rakyat dalam hukum menutup aurat. Tetapi apabila sudah dewasa, individu itu tidak mahu pakai tudung dan membuka auratnya, takkan itupun hendak salahkan Kerajaan jugak? Bagi MKT, itu adalah pemikiran yang cukup dangkal bagi orang-orang yang berilmu.

P/S dari MKT : Takkan la segala benda di dunia ni nak kena harapkan kepada Kerajaan kot? Jika sudah nampak akan kemungkaran di depan mata, bukankah lebih baik diri sendiri yang mengubahnya? Bukan hanya sekadar tahu mengumpat sahaja...



4 ulasan:

Anonymous said...

aku baca tulisan kau ni, wahai penulis...aku rasa amat kasihan sekali dgn mentaliti kau ni.
kau dah pernah datang johor...jenguk negeri majoriti umno ni? dah ke belum? belum? ha....mai turun sini...hang tengok sendiri. mmg betul kerajaan johor mewajibkan semua anak2 perempuan bermula darjah satu sehingga tingkatan 6 pergi sekolah berbaju kurung lengkap dgn tudung. bagus..alhamdulillah. tapi yg tak bestnya, bila bunyi kriiiing je loceng menandakan tamat sesi persekolahan...anak2 remaja sekolah menengah bukak tudung. Wow...terpancarlah sinar kemilauan daripada warna rambut mereka yang oren, merah, coklat dan sebagainya. telinga pulak bertindik sampai 3 lubang pun ada. lelaki perempuan duduk bersebelahan, tampar menarpar, bersenda gurauan tak kira halal haram dosa pahala. Inilah negeri kebanggaan umno

Unknown said...

hehehe...itupun nak salahkan Kerajaan jugak ker? Adakah dengan pertukaran kepimpinan Kerajaan Pusat itu semua dijamin akan berubah ker? Jika berubah x pa...tp jika tidak? Pd masa itu nk salahkan siapa pula wahai pembaca tanpa nama? Sekarang...mentaliti siapa yg patut dikasihani? Ingat senang ker Kerajaan nk kawal satu negara yg berjumlah 27 juta? Anak2 kita pn kdg2 terlepas pandang. Jgn ckp kosong la...ada akal fikir, jgn tahu salahkan Kerajaan. Oh..ya...penulis sebenarnya pernah bermastautin selama 3 tahun di Johor ya...hehehe...

Unknown said...

Dan satu lagi...ingat negeri Serambi Mekah Kelantan tu x der ker perangai seperti di Johor?...hehehe...stupid complaint...

Anonymous said...

sekurang-kurangnya di kelantan takde amoi2, takde anak gadis melayu yg berani pakai seluar kontot, pakai singlet, pakai seluar legging....bodoh, mangkuk ayun la kau ni

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.