ANAK BUKIT - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah memuji pentadbiran negeri diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana berjaya melaksanakan beberapa pembaharuan dan kemajuan pembangunan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Baginda bertitah, pelbagai program pembangunan yang sedang giat direncanakan oleh Kerajaan Negeri termasuk memajukan sektor pertanian untuk meningkatkan taraf hidup rakyat kini menampakkan hasil.
sumber Kedah Lanie
Hehehe...rasanya ini la kot pertama kali baginda Sultan memuji pentadbiran PAS. Sudah masuk akhir penggal dah, baru hendak buat kerja kot? Tahun-tahun sebelum ini seingat MKT tidak ada pulak pujian dari baginda Tuanku. Jadi untuk makluman rakyat Kedah amnya, PAS Kedah sebenarnya tidak reti buat kerja. Ini pun disebabkan sudah dekat PilihanRaya Umum, puncanya PAS mula reti buat kerja. Percayalah, jika PAS menang lagi pada PRU ni, alamat mereka akan kembali menjadi seperti sebelumnya. Lupakan sahaja jika ada niat hendak beri mereka kuasa memerintah Kedah sekali lagi.
P/S dari MKT : Tuanku Sultan Kedah sebenarnya bukan beri pujian tetapi sebenarnya perli kepada pentadbiran PAS Kedah. Hanya juak-juak PAS Kedah sahaja yang dok "syok sendiri"...hehehehe..Sebelum ini Kerajaan UMNO/BN dipuji setiap tahun dan tidak pula meng'heboh'kannya seperti PAS...hehehehe
biaslah dekat pilihanraya. mula2 menang dulu goyang kaki. sekarang ni mengelatatler
ReplyDelete