Pages

Tuesday, January 17, 2012

EKONOMI PULIH...THANKS BRO ANWAR...

SATU kaji selidik oleh Reuters mendapati pelabur-pelabur menjadi yakin terhadap Dolar Singapura dan Ringgit Malaysia.
Ringgit berkemungkinan mengukuh berbanding Dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan kerana data-data ekonomi yang lebih teguh dari AS boleh merangsang keyakinan terhadap pasaran-pasaran ekuiti dan menambah selera bagi pelaburan yang lebih berisiko serta mata wang Asia, kata peniaga.Menurut perangkaan terbaru, sektor swasta di AS meningkatkan pengambilan pekerja pada Disember ke paras tertinggi bagi tahun lepas manakala tuntutan-tuntutan baharu bagi faedah pengangguran susut dalam bulan yang sama. "Mata wang Asia akan mengatasi prestasi (mata wang lain) sekali gus mencerminkan daya tahan ekonomi Asia dengan disokong oleh penggunaan domestik dan peningkatan dana asing yang mengalir masuk ke rantau ini," kata seorang peniaga.Dalam minggu ini, Ringgit dan Dolar Singapura meningkat ke paras tertinggi dalam sejarah masing-masing berbanding dolar AS ekoran kemasukan semakin banyak dana global ke rantau ini, meskipun kenaikan masing-masing agak terhad disebabkan oleh krisis hutang zon euro yang masih belum selesai.Ringgit juga mengukuh dengan ketara berbanding euro sejajar dengan kedudukan mata wang euro yang semakin lemah berbanding mata wang utama lain, akibat krisis hutang rantau ini yang belum juga selesai.
Apa lagi yang juak-juak Pakatan Rakyat hendak kata? Ekonomi Malaysia sudah beransur pulih dan sedang meningkat naik. Ini disebabkan kebijaksanaan PERDANA MENTERI MALAYSIA, DATUK SERI HAJI NAJIB BIN TUN RAZAK serta para-para penasihat ekonominya telah berjaya melepaskan negara ini dari kongkongan kemelesetan ekonomi global.
Hendak harapkan kepada Penasihat Ekonomi Selangor tu ker? Harap pandai gebang diatas pentas sahaja. Silap-silap negara ini boleh bungkus dan bankrap. Pada masa itu, siapa yang boleh perbetulkan keadaan? Kamu ke wahai juak-juak Pakatan Rakyat?

P/S dari MKT : Nasihat MKT ialah...jangan percaya kepada janji-jaji. Kadang-kadang ianya indah khabar dari rupa. Kita telah saksikan apa yang si Anwar telah buat untuk mengembangkan ekonomi di Selangor. Langsung tiada apa-apa. Maka layaklah diberi elaun sebanyak RM 1.00 sebulan....hehehehe....

No comments:

Post a Comment