"Nanti akan datang satu zaman didalam waktu terdekat dimana Islam itu tidak tinggal melainkan hanya namanya sahaja. Dan tidak tinggal didalam Al Quran kecuali huruf dan tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulamak mereka adalah antara manusia yang paling jahat diantara manusia yang ada dimuka bumi ini. Dari para ulamak ini akan muncul pelbagai fitnah, dan kepada mereka kembalinya fitnah itu" diriwayatkan oleh Baihaqi
Sudah jelas dimana Rasullah sendiri pun bersabda dimana di akhir zaman ulamak-ulamak adalah manusia yang paling jahat dari manusia yang hidup di muka bumi ini.
Bagi MKT, ulamak-ulamak yang dimaksudkan di dalam hadis ini merujuk kepada ulamak-ulamak di dalam PAS semata-mata. Terpulang kepada fahaman masing-masing tetapi ini adalah pendapat MKT sendiri. Sebelum ini MKT mengakui ulamak-ulamak yang di dalam PAS adalah ulamak yang benar. Tidak takut menghadapi kebathilan. Lebih jelas lagi semasa era arwah Ustaz Fadzil Noor dan sebelumnya.
PAS pada waktu ini banyak megejar kedudukan didalam politik hingga sanggup bersekongkol dengan DAP yang terang-terang adalah kafir harbi (yakni memusuhi Islam). Dimanakah dasar perjuangan PAS sebenarnya? Sudah hilang apabila dibayangi kilauan Putrajaya.
Bagi MKT lagi, PAS sebenarnya sudah tidak layak lagi dikatakan parti Islam kerana kebanyakkan tindakan politik parti ini sudah dilihat jauh dari mendaulahkan Islam itu sendiri. Tindakan politik mereka adalah bertunjangkan pangkat dan kuasa. Demi kedua-dua ini, PAS rela ketepikan hasrat utama penubuhan PAS dan melupakan amanat-amanat pemimpin mereka yang terdahulu.
Sebenarnya adalah perbuatan yang sia-sia sahaja rakyat Malaysia khususnya Melayu Islam menyokong gerakan politik sedemikian. Kerana sudah pastinya pembangunan dan pemodenan Islam di Malaysia akan terbantut. Berikan kepada MKT satu sahaja contoh kemajuan Islam yang PAS telah lakukan di Malaysia? Jawapannya TIADA LANGSUNG.
Hatta satu masjid pun tidak pernah dibinanya. Baik di Kelantan maupun di Kedah. Itu dari sudut pembinaan masjid. Lain-lain kemajuan? Juga tiada...yang ada hanyalah fawa-fatwa merapu segelintir ulamak PAS yang ditabal menjadi Nabi di Malaysia.
P/S dari MKT : Kepada rakyat Malaysia, fikirlah sejenak akan hala tuju PAS ketika ini. Sudah hilang Nur-Islam di dada pemimpin-pemimpin mereka. Hendak diharap apa lagi dengan janji Islam PAS? Semuanya palsu semata-mata...
0 ulasan:
Post a Comment