2012...Tahun yang dikatakan akan berlaku Kiamat. Sememangnya banyak sudah diperbahaskan oleh cerdik pandai, ilmuwan Barat mahupun Timur berkenaan tragedi 2012 ini.
Antaranya punca ramalannya adalah :


2) Planet X atau Planet Nibiru. Perlanggaran Nibiru atau tabrakan Nibiru merupakan pertemuan Bumi dengan objek planet besar (sama ada perlanggaran ataupun hampir-hampir berlanggar) yang dipercayai sesetengah pihak akan terjadi pada awal abad ke-21. sumber sini
3) Badai Matahari. Ianya ledakan gergasi angin suria, plasma isotop cahaya lain, dan medan magnet yang timbul di atas korona suria atau dilepaskan ke dalam angkasa. diumpamakan sebagai tsunami di permukaan matahari dan akan meyebabkan peningkatan suhu secara mendadak. Sehinggakan berlaku pencairan ais secara besar-besaran di kedua-kutub higga menyebabkan banjir besar akan berlaku.
Bagi pendapat MKT, samada benar atau tidak terpulang kepada individu. Tetapi yang pastinya jika seseorang Islam itu mempercayai ramalan tersebut, maka MKT nasihatkan agar mengucap syahadah semula. Kerana apa? Kerana Rasullah s.a.w. sendiri pun tidak tahu bilakah masanya Kiamat akan terjadi. Kerana itu semua didalam rahsia Allah s.w.t. Siapalah kita hedak memandai-mandai membuat ramalan sesat ini? Bukankah Al-Quran telah menegaskan yang amalan meramal atau menilik ini jatuh hukum sebagai SYIRIK?
Wallahualam...
P/S dari MKT : Tuhan mengurniakan kita akal untuk berfikir, jadi gunalah ia sebaik mungkin...Jangan seperti penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang tidak reti menggunakan akal...hehehehe.....
0 ulasan:
Post a Comment