.

.

Pages

PRESIDEN PAS ADALAH MAKHLUK DUA ALAM RUPANYA

Saturday, January 7, 2012



KUALA LUMPUR, 6 Jan: "Saya akan hadir, dan untuk ahli PAS pula, terserah masing-masing,"  kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika ditanya apakah beliau akan hadir dalam perhimpunan aman 9 Januari ini.
Perkara ini disampaikan Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Harakahdaily.
Manakala itu Dewan Muslimat PAS, Dewan Pemuda dan PAS Selangor membuat keputusan  akan menyertai perhimpunan aman di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini.
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi meminta mana-mana pihak tidak salah faham dengan perhimpunan tersebut dengan menganggap ianya merupakan sokongan peribadi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Muslimat PAS akan memberi sokongan kepada perhimpunan pada 9 Januari bukan semata-mata atas isu Anwar.
sumber rujukan Harakah


PAS adalah parti dua alam
Hari ini MKT hendak bawa para pembaca semua ke alam amfibia atau dua alam PAS. Sikap PAS sememangnya telah diketahui umum tetapi yang peliknya masih ada lagi rakyat yang masih mempercayai dan menaruh harapan kepada PAS untuk mentadbir Malaysia.
Lihat sahaja bagaimana sokongan yang tidak berbelah bagi untuk si Anwar Ibrahim. Hakikatnya itu hanyalah perjuangan seorang individu yang terang-terang MUNAFIK dan FASIK. Apa keperluannya memperjudikan nasib penyokong-penyokong bilamana dihambat oleh Polis? Adakah mereka akan bertanggungjawab jika terjadi sesuatu perkara ke atas penyokong-penyokong tegarnya? Jawapannya
  TIDAK 

Kita lihat pula senario yang sama tetapi berlainan puncanya....

Aiseyman...terkantoi la pulak..
PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22hb Oktober 2011 ini. PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.
PAS memperingatkan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran himpunan ini agar bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang negara, dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama. 

Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. PAS memandang berat sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya.
sumber rujukan Harakah
Inilah sikap double standard PAS. Perjuangan semata-mata untuk jaminan akan terus berkuasa. Walhal Himpunan Sejuta Umat ini adalah bertujuan untuk meminta Kerajaan bertindak tegas di dalam isu murtad. Bukankah ianya perjuangan Islam? Mengapa PAS berdolak dalih dalam menentukan halatuju dasar parti?

LUPAKAN PAS DAN RAKAN-RAKANNYA
SIKAP DOUBLE STANDARD AKAN MERUGIKAN NEGARA




0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.