.

.

Pages

AMARAN...JANGAN SALAHKAN POLIS DAN KERAJAAN...

Sunday, January 8, 2012

Pada 09hb Januari 2012 ini adalah akan menjadi satu tarikh keramat bagi penduduk Malaysia dan terutamanya si Anwar Ibrahim khususnya. Dimana pada tarikh itu, keputusan mahkamah bagi kes liwat Anwar vs Saiful Bukhari akan dibentangkan keputusannya. 

Dalam pada masa yang sama si Azmin Ali juga telah bertindak menganjurkan Kempen 901 Bebaskan Anwar dan ianya telah mendapat persetujuan daripada polis. Persetujuan itu juga beserta syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak penganjur program. 


Terdapat 10 syarat yang telah dikeluarkan iaitu :

1. Penggunaan risalah/ banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah tidak dibenarkan sama sekali semasa perhimpunan berlangsung.

2. Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ tidak dibenarkan. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

3. Pengucapan awam tidak dibenarkan sama sekali.

4. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding mahkamah.

5. Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di pakir awam sebelah kiri jalan utama ke mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

6. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan pakir mahkamah.

7. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.

8. Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.  

9. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.  

10.  Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut

Bila sudah jadi begini...

Jangan salahkan pihak Polis Dan Kerajaan yer...

P/S: Hehehe....MKT berharap supaya siapa-siapa yang berhajat hendak menyertai pehimpunan tersebut JANGANLAH melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak polis. Kerana apabila syarat-syarat ini dilanggar, jangan pula menyalahkan pihak polis dan Kerajaan apabila berlakunya perkara buruk telah berlaku.

Polis sudahpun memberi kebenaran, walaupun dengan bersyarat. Jadi gunakanlah peluang yang diberikan oleh pihak polis sebaik mungkin.

Gambar Hiasan







0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.