.

.

Pages

NASIHAT KEPADA MELAYU PULAU PINANG

Sunday, January 15, 2012

Tun Mahathir telah menulis satu artikel yang sememangnya memberi satu suntikan kepada MKT untuk mempertahankan Melayu Islam selagi hayat dikandung badan.

Pulau Pinang negerinya baru
Kapten Light menjadi Raja

Bila terkenang zaman dahulu

Duduk mengalir air mata



1. Pantun ini dikarang oleh “tukang karut” pasukan boria di Pulau Pinang di zaman British.

2. Kita jarang mendengar pantun ini sekarang, Tetapi semasa saya masih budak belasan tahun, saya sering mendengarnya. Sedikit sebanyak saya rasa sedih juga. Air mata tidak mengalir tetapi ia menghantui fikiran saya.

3. Orang Melayu Pulau Pinang pada zaman itu sudah hilang kedudukan mereka dalam pulau yang membangun dengan pantas hasil daripada pengisytiharannya sebagai pulau bebas cukai oleh British. Sementara deretan kedai dan rumah batu seperti mahligai diduduki oleh orang lain, mereka, orang Melayu terpaksa pindah melarikan diri daripada pembangunan bandaraya Pulau Pinang kerana tawaran untuk menjual hartanah mereka begitu tinggi, dan mereka semua miskin dan tidak mampu membeli atau menyewa bangunan kedai atau rumah kediaman yang didirikan, selepas menjual tanah mereka.
Selanjutnya boleh para pembaca membacanya di sini.
P/S dari MKT : Juak-juak PAS pun bacalah dengan hati yang tenang. Sebenarnya artikel ini untuk Melayu Islam sahaja.



0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.