Pemusnah Madrasah Salihiah Kangchut Datuk Sonny Ho (DAP kot?) |
Keputusan Majlis Fatwa Negeri Kelantan pada tahun 2004
1) Tanah-tanah wakaf khas di bawah kawalan Majlis Agama Islam Kelantan seperti tanah wakaf al-marhum Tengku Kaya Pahlawan dan lain-lain, boleh dibangunkan dengan bangunan kerana tidak menghilangkan ain (harta benda) yang diwakaf. Walaubagaimanapun kehendak atau syarat pewakaf hendaklah dijaga dan dihormati kerana para fuqaha" menyebut syarat pewakaf adalah seumpama nas syara'.
2) Usaha pembangunan yang dilaksanakan di tanah-tanah wakaf khas itu hendaklah tidak menyebabkan hilang sifatnya sebagai harta wakaf atau manfaatnya, bahkan menambahkan lagi manfaatnya hasil dari pembangunan yang diusaha di atas tanah tersebut.
3) Pembangunan boleh dilakukan secara usahasama oleh pihak-pihak yang terlibat iaitu pemaju projek pembangunan dan nazir tanah wakaf khas yang menjaga kepentigan pewakaf dan mauquf alaih dengan syarat projek usahasama ini akan berlaku adil kepada kedua-dua pihak.
4) Pihak yang membangun tanah tersebut tidak boleh diberi hak kekal ke atas bangunan. Mereka hanya berhak untuk mendapat pulangan balik modal pelaburan kerana pemberian milik akan menyebabkan hilang ain ke atas tanah wakaf dan bertentangan dengan hukum syara'.
5) Pulangan pelaboran kepada pemaju di atas projek pembangunan di tanah-tanah wakaf khas ini boleh dilakukan samada :
i. Pemaju mendapatkan dahulu pulangan balik pelaboran, setelah selesai mendapat pulangan balik pelaboran, bangunan tadi dijadikan sepenuhnya sebagai harta wakaf dan segala pendapatan diurus mengikut apa yang dikehendaki oleh pewakaf.
ii. Pihak yang bertanggungjawab mengurus harta wakaf tersebut boleh mengambil kos pengurusan secara berpatutan dan selebihnya diagih sebagaimana kehendak pewakaf.
6) Majlis Agama Islam Kelantan sebagai Nazir yang menjadi pengawal tunggal ke atas tanah wakaf am atau khas yang terletak hak kepadanya, tiadalah boleh melakukan pemindah hakkan atau penyerah hakkan kepada mana-mana pihak lain samada mauquf alaih (pewaris si pewakaf) atau individu atau syarikat terhadap pengurusan tanah dan harta wakaf yang berada di bawah kawalan dan tadbiran Majlis Agama Islam Kelantan.
7) Dalam usaha Majlis Agama Islam Kelantan memajukan tanah wakaf khas
Al-marhum Tengku Kaya Pahlawan di Lot 2136 Mukim Panchor, Kota Bharu dengan membina kompleks Islam yang mengandungi Maahad Tahfiz Al-Quran, rumah anak yatim, markaz saudara baru dan beberapa lot gudang perniagaan, mesyuarat membuat keputusan bahawa pembangunan projek ini diharuskan dan tidak bercanggah dengan hukum syara'.
Al-marhum Tengku Kaya Pahlawan di Lot 2136 Mukim Panchor, Kota Bharu dengan membina kompleks Islam yang mengandungi Maahad Tahfiz Al-Quran, rumah anak yatim, markaz saudara baru dan beberapa lot gudang perniagaan, mesyuarat membuat keputusan bahawa pembangunan projek ini diharuskan dan tidak bercanggah dengan hukum syara'.
Sukacita MKT hendak ulaskan disini keputusan Majlis Fatwa Kelantan berkenaan tanah Wakaf. Mengapa MKT ambil fatwa negeri lain untuk isu negeri Kedah? Ini adalah kerana kebiasaan juak-juak PAS untuk menguatkan isu ( yang sudah pasti tersungkur ) dengan menggunakan apa sahaja hukum. Janji dapat memberikan kemenangan kepada PAS.
1) Apabila Madrasah Salihiah itu dirobohkan maka akan digantikan dengan tempat solat didalam kompleks (dalam ertikata lain, surau). Persoalan yang timbul adalah, Siapakah pemilik sebenar surau/tempat solat itu? Alam Sentral ker, Kerajaan Negeri ker atau MAIK? Adakah surau/tempat solat itu hanyalah sekadar menumpang didalam kompleks? Sedangkan selama ini ianya dibina atas tanah yg sah...Dimana pula tanah wakaf tersebut?
2) Adakah tertera di dalam perjanjian antara MAIK atau Kerajaan Negeri dengan pemaju berkenaan tarikh luput penggunaan tanah wakaf tersebut? Adakah selepas pemaju mendapat kembali pelaburan maka tanah itu akan dikembalikan semula kepada pemilik tanah wakaf tersebut?
3) Majlis Agama Islam Kedah sebagai Nazir yang menjadi pengawal tunggal ke atas tanah wakaf am atau khas yang terletak hak kepadanya, tiadalah boleh melakukan pemindah hakkan atau penyerah hakkan kepada mana-mana pihak lain samada mauquf alaih (pewaris si pewakaf) atau individu atau syarikat terhadap pengurusan tanah dan harta wakaf yang berada di bawah kawalan dan tadbiran Majlis Agama Islam.
4) Jika tanah tersebut dibina seperti Masjid Al-Bukhary, Alor Setar MKT yakin isu ini tidak akan timbul kerana walaupun dirobohkan Masjid Alor Malai tetapi lihat sahajalah prasarana yang telah digantikan.
- Masjid Al-Bukhary
- Tanah Perkuburan Islam
- Asrama Anak-anak Yatim
- Rumah Orang-orang Tua
- Pusat Pengajian Islam
- Pusat Perubatan/Hospital
- Komplek membeli belah iaitu Souq Al-Bukhary
Nasihat MKT
Sudah-sudahlah membohongi rakyat Kedah dengan propaganda murahan dari blogger-blogger upahan PAS. Rakyat Kedah sudah sedia maklum akan agenda disebalik isu ini.
3 ulasan:
GERAH TANAH TELAH DISIMPAN DI DALAM PETI BESI DI PULAU PINANG...........TANAH WAKAF KHAS INI TELAH DIJUAL OLEH MAIK KEPADA CINA KAFIR YAHUDI..BELLEVIEW GROUP..................INIKAH PEMIMPIN ISLAM.......HARAPKAN PAGAR PAGAR MAKAN PADI...
SAMI SIAM DAN SAMI HINDU TELAH DIUPAH UNTUK MERAMPAS TANAH WAKAF UMAT ISLAM..............CUBALAH PERIKSA ADAKAH BENAR BERITA INI?
PUAK PAS NI NAK TUNJUK MEREKA NI MEMANG HANDAL TENTANG ISLAM!!! ITULAH YG TERJADI DI KEDAH.
Post a Comment