.

.

Pages

MADRASAH SALIHIAH TIDAK AKAN DIROBOHKAN?...BETUL KER?

Sunday, January 8, 2012


MKT terkejut apabila mendengar satu khabar angin yang mengatakan bahawa Menteri Besar Negeri Kedah iaitu Ustaz Azizan telah menarik kembali  dan membatalkan projek untuk meruntuhkan Madrasah Salihiah Kangchut demi kesucian Islam. Benarkah begitu?
Tinjauan MKT di sekitar tapak juga didapati tiada unsur-unsur pencerobohan untuk tujuan merobohkan Madrasah yang menjadi isu selama ini.
Harapan dan doa anak-anak Kedah yang prihatin dan sokongan dari NGO berjaya juga melembutkan hati MB Kedah ini. Terima kasih kepada Ustaz Azizan. Sememangnya beliau adalah Menteri Besar PAS Kedah yang paling bertimbangrasa. Tidaklah seperti MB-MB Pakatan Rakyat yang lain tu...hehehehe

Tetapi rupa-rupanya MKT bermimpi sahaja. Adalah mustahil Ustaz Azizan dan barisan Exconya akan membatalkan projek tersebut. Ye lah...sudah berkepok wang sudah masuk ke poket mereka. Ehh...betul ke ni?
Nampaknya Ustaz Azizan gagal memahami hasrat kebanyakkan rakyat negeri Kedah yang tidak mahu berkompromi di dalam isu meruntuhkan madrasah ini. Hanya tanah wakaf yang sekangkang kera itu pun Ustaz Azizan sebagai MB Kedah tidak boleh bertolak ansur dengan rakyat, bagaimana pula dengan isu-isu tanah yang lain?


0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.