.

.

Pages

KISAH LANGKAWI..WALAUPUN SEDIKIT TETAPI IMPAK YANG BESAR..

Friday, January 27, 2012

Terbaru dari Langkawi...walaupun tidak banyak tetapi ianya memberi impak yang besar kepada senario politik Langkawi. Pada malam ini sebanyak 20 orang penyokong PAS tegar Kampung Padang Kandang telah insaf dan menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Langkawi.

Walaupun jumlah ini tidak banyak dan tidak menjejaskan pengaruh Pakatan di Langkawi tetapi ianya satu kemenangan besar UMNO Langkawi kerana Kampung Padang Kandang adalah kubu kuat Pakatan Rakyat dan sukar ditembusi. Hari ini kekebalan Pakatan Rakyat di kawasan itu telah mula rapuh akibat rakyat Langkawi sudah mulai bosan dengan pembohongan dan pentadbiran Kerajaan PAS Kedah. 

Seperti biasa juak-juak Pakatan Rakyat tetap dengan tohmahan mengatakan mereka ini adalah pembelot la, UMNO beli la dan pelbagai lagi umpatan yang hanya sekadar beri dosa percuma sahaja kepada mereka.

Tidak percaya? MKT tidak memaksa sesiapa pun percaya tetapi ianya adalah benar.

P/S dari MKT : Baru sepenggal memerintah tetapi sudah ramai yang belah...PAS Kedah sebenarnya sudah hilang arah tuju politik mereka. Masing-masing asyik berebut kuasa dan fitnah hinggakan lupa kepada masalah rakyatnya....

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.