Pages

Wednesday, January 18, 2012

FITNAH LAGI JUAK-JUAK PAS LANGKAWI....

Seorang dee Jay Langkawi FM telah dikenakan tindakan gantung tugas kerana menyewakan peralatan alat siaraya peribadi beliau kepada satu Program Kerajaan Negeri

Apakah salah beliau sebenarnya. Ini menjadi tandatanya dan bahan tohmahan kepada penyokong-penyokong tegar Pakatan Rakyat. (termasuk beliau sendiri la). Adakah kerana Kerajaan kejam dan zalim?

Sebenarnya itu adalah prosedur biasa jabatan Kerajaan yang di panggil S.O.Ps (Standard Operation Procedures). Tak ada kena mengena langsung dengan UMNO/BN. Memang MKT akur yang digunakan untuk majlis tersebut adalah hak peribadi tetapi jangan pula lupa yang empunya badan masih berkhidmat dengan Kerajaan. Sepatutnya beliau kena bijak la. Hendak sewa barang alatsiaraya peribadi kepada Kerajaan Negeri tiada masalah tetapi janganlah beliau menonjolkan dirinya. Takkan itupun susah kot? Hatta beliau adalah salah seorang penyokong kuat Pakatan Rakyat sekalipun, janganlah hendak tunjuk hero dengan membelakangkan S.O.Ps. Sekarang, siapa yang susah? 

Hanya mampu merintih didalam Facebook je lah. Minta rakan-rakan sealiran bersimpati sama. Hehehe...

P/S dari MKT : Kalau si dee jay itu rasa perkara ini tidak memuaskan hatinya, bukankah lebih baik beliau letak jawatan dan kerja dibawah penerangan negeri?...kan senang hendak cari makan selepas ini....hehehehe

10 comments:

  1. Dee jay bodoh...cri makan ngan kerajaan pastu hendak melawan kerajaan balik ...hahaha
    klu anak yg kite bela,dodoi2,di bagi makan,di bagi pendidikan lepas tu die pegi kat umah jiran die ckp bapa die sorang penipu,mendera ar..apa perasaan awk sebagai sorang bapak..yg pasti nyer bila die balik je di pijak hidup2 biar die mampos lagi baik.kan kan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu anak yg kite bela,dodoi2,di bagi makan,di bagi pendidikan lepas tu die pegi kat umah jiran die ckp bapa die sorang penipu,mendera kan hebat , pasai dia menjadi manusia sebenarnya, membela kebenaran , menentang kebatilan. Masuk syurga anak tu. Harapkan bapa yg memang jenis menipu, merompak dll lain2 yg jahat lagi, takkan tak boleh tegur, bila ditegur nak pijak idup2 anak tu , BERUBAH LA BAPAK OIII, tOK bATIN ,.. HANG MEMANG MENGARUT ..HAHAHAHHAHA

      Delete
  2. hehehe...si bangang juak PR...X taw citer sebenar jgn dok ngarut...hehehe...mslhnya anak tu dh jenis x reti bahasa..dh beri amara 3 kali tp wat perangai bodoh...Pastu kontraknya dh abis dan x disambung sb kena amaran sebyk 3 kali tu...Hg taw ke x crita ni?...Setakat dok dgr gebang DJ tu, mmg la dia x crita jahatnya...hehehehe

    ReplyDelete
  3. hang tau mana mkt, hang dok jdt penerangan ja, bukan jbt penyiaran. Kerja hang usung tong sound ngan jadi dreba ja. Hang jumpa dj tu dulu , tanya betoi2.. muhung tu bedosa besaq tau

    ReplyDelete
  4. hehehe....hg rupanya...Ingat sapa td...awat? Cuba hg habaq mai tang mana yg hg dok kata x salah?....Dh wat salah tu ngaku je lah....Mmg aku bkn penyiaran tp aku pn taw crita sebenaqnya...

    ReplyDelete
  5. Setakt keja kontrak tu ngaku je lah...jgn dok bohong org kampung bro...Ngaku je dh tamat kontrak. Kan senang org nk terima sikit. La ni dok gebang org2 Kampung pasai majikan yg zalim tu pasaipa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ang pie jumpa dia tanya la bro cerita sebenaq, jgn dok serebu tak tentu hala, bukan hang tak kenai dia, bukan hang tak ada no tel dia, hang tanya dia betoi2 pas tu hang tulis. hidup kita nie sementara waktu saja ..habaq hat betoi, jgn dok dengaq cerita .... kalau hang mau aku atoq pejumpaan hampa , hang berani ka?

      Delete
  6. Boleh pulak tulis elok2 yer..ingat x boleh. Klu mcm ni tulisnya boleh la jawab pn elok... X perlulah. Terima kasih. Apa yg MKT tulis ini bukannya satu rekaan...tetapi berdasarkan dari sumber2 MKT. Jika rasa ragu2 atau was2 atau tidak percaya...terpulang. Sebab MKT rasa kecewa dengan nukilan di dalam laman sosial dan blog mengatakan Majikan zalim. Bila mengatakan majikan zalim secara langsung dan x langsungnya ianya melibatkan Kerajaan. Hakikatnya kesilapan itu berpunca dari kecuaiannya sendiri. Jk MKT bawa tong sound spt yg kamu tulis td maka MKT x akan menonjolkan diri sendiri di depan khalayak umum sb reputasi MKT sbg penjawat awam. Bukannya x boleh tetapi beliau seharusnya faham sensitiviti masyarakat dan bahang PRU yg semakin dekat.

    ReplyDelete
  7. MKT juga x akan menggunakan hak milik Kerajaan di dalam konti untuk menyelitkan sindiran-sindiran kpd Kerajaan hatta secara sinis sekalipun. Program aduan Rakyat yg dikelolakan beliau adalah program yg cukup bagus..MKT faham bagaimana rasa prihatinnya tetapi ibarat menarik rambut di dalam tepumg la...

    ReplyDelete
  8. SOP itu penting untuk semua pekerja... kalau melanggar SOP, terima lah padahnya, kita perlu memahami apa yang telah dititipkan di dalam SOP...

    ReplyDelete