Artikel ini khas ditujukan kepada Maal Afsakh dan juga lain-lain mahasewel yang selama ini hendak memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU). MKT yakin yang selama ini mereka hanya tahu hendak meminta Kerajaan memansuhkan AUKU ini tetapi hakikatnya mereka sendiri pun tidak tahu apa makna AUKU pun. Bak kata pepatah, seperti badan ular, akan mengikut sahaja kemana kepalanya hendak pergi.
AUKU ini dibuat adalah bertujuan untuk mengawal seperti laksana undang -undang zaman persekolahan dulu. Apa salahnya AUKU ini? Kononnya mengongkong pelajar tetapi hakikatnya berapa ramai dari beratus-ratus ribu pelajar yang kena kongkong? Berapa pula yang telah dizalimi oleh Akta AUKU ini? Hanya sebilangan kecil dari pelajar-pelajar yang BODOH yang berasa dirinya terkonkong.
Usah bersifat daif dalam ilmu. Walhal kamu semuanya adalah pelajar Universiti. Sememangnya rakyat mengiktiraf kamu ini ada otak. Jadi, gunakanlah otak kamu itu. Apa kelemahan AUKU ini hinggakan sanggup berbaring di atas jalan, berdemo dan lain-lain lagi? Sehingga sekarang MKT tidak nampak apa-apa pun kelemahan AUKU ini berbanding akta-akta yang ada didalam Kitab Suci Pakatan iaitu Buku Jingga...hehehe...
MKT dapat kupaskan disini adalah hanya satu sahaja mengapa AUKU ini patut dihapuskan. Sebenarnya pihak pembangkang sedang menyusun satu rancangan jangka panjang untuk menawan negara ini melalui mahasiswa-mahasiswa ini. Al-maklumlah mereka-mereka ini adalah terpelajar dan bakal diharapkan menerajui negara pada kemudian hari. Dan yang paling pentingnya pelajar-pelajar ini hanya akan membawa bendera Pakatan Rakyat untuk menerajui negara pada masa itu. Pemimpin atasan Pakatan Rakyat sedar bahawa golongan warga-warga 'lama' di Malaysia tidak akan tunduk kepada Pakatan Rakyat. Hanya pelajar-pelajar inilah yang menjadi harapan kepada mereka untuk menawan Malaysia.
P/S dari MKT : MKT pun dulunya pergi belajar jer...tak ada berminat nak ceburi hal-hal politik ni. Sepatutnya kita jangan ekstrem. Beri sahaja kepada yang sememangnya ahlinya dalam bab-bab politik ini. Dah namapun pelajar, jadi belajar sudah lah....Idea lapuk....huhuhu...Buat menyusahkan ibubapa di kampung sahaja....
salam...
ReplyDeletesaya sebagai bekas mahasiswa menyokong agar AUKU ni diteruskan dlm menjamin kesejahteraan di dalam kampus.jika kita tahu tujuan asal kita berada di universiti adalah utk mendalami dan menuntut ilmu dan niat kita adalah ikhlas, maka tidak timbul masalah dengan AUKU ni.Sepjg mjd mahasiswa,sy tidak pernah terasa terkongkong atau tersepit dgn adanya AUKU ni.sbb tujuan kita hnya utk berlajar dan bkn utk menyertai perkara-perkara yg tidak berfaedah seperti berpolitik,berhimpun secara haram dan sebagai nyer di dalam kampus..
Terima kasih dan tahniah kerana anda memahami hasrat kerajaan sebenarnya
ReplyDelete