.

.

Pages

FAKTA HUDUD SEBENAR V

Saturday, December 17, 2011


HUDUD...Menjelma lagi dalam tahun ini. Tahun dimana diwar-warkan Pilihanraya Umum Malaysia. Seperti yang sedia maklum, PAS akan berkumandang lagi irama hudud seperti yang masa lalu. Pernahkah anda semua terfikir?

TIADA SEORANG PUN RAKYAT MALAYSIA YANG MENOLAK HUKUM HUDUD INI. Diulangi..TIADA SEORANG PUN RAKYAT MALAYSIA YANG MENOLAK HUKUM HUDUD INI.


YANG KAMI TOLAK ADALAH HUDUD VERSI PAS

Sebab 

Permasalahan yang akan menjadi perkara pokok dalam hal hudud ini ialah perlantikan hakim. Dalam urusan pelantikan hakim terdapat dua percanggahan besar. 

1) Tidak merujuk langsung kepada 15 syarat kelayakan menjadi hakim mengikut hukum syarak.
2) Rang EKJS (Hudud dan Qisas) Terengganu tidak ada peruntukan khusus mengenai syarat-syarat kelayakan menjadi hakim. Sebaliknya sekadar disentuh secara tumpang dalam fasal 66         (1) Mahkamah Bicara Syariah Khas yang berbunyi:  

“…daripada hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau daripada seorang yang berkelulusan dan berkelayakan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.”



Apakah syarat-syarat menjadi Hakim/ Qadhi mengikut syara' (8 dari 15 syarat)?


1) Beragama Islam -

Kadi yang hendak dilantik itu hendaklah seorang Islam. Orang yang tidak beragama Islam tidak boleh dilantik menjadi kadi secara mutlak untuk membicarakan semua kes yang melibatkan orang Islam . Ini disebabkan kehakiman itu termasuk dalam tugas “wilayah” yang mana orang kafir tidak boleh menjadi wali kepada orang lain seperti firman Allah yang bermaksud:
144. Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat Dengan meninggalkan orang-orang Yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan Yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu? .
(Surah An-nisa’: ayat 144)


2) Baligh -

Islam tidak menetapkan umur sebenar seseorang yang layak dilantik menjadi kadi. Walaupun mungkin dari segi pentadbiran ia ditetapkan, Islam hanya mesyaratkan baligh sebagai syarat umur minimum untuk menjadi kadi.

3) Waras dan berakal - 

Orang yang dilantik menjadi kadi itu hendaklah seorang yang berakal. Tidak sah perlantikan orang gila. Berakal yang dimaksudkan disini termasuklah bersifat Tamyiz, cerdik iaitu tidak bodoh atau pelupa dan dapat menyelesaikan masalah termasuklah masalah yang rumit.

4) Merdeka

Orang yang dilantik menjadi kadi itu hendaklah seorang yang merdeka. Tidak sah melantik hamba untuk menjadi kadi kerana kehakiman termasuk dalam bahagian kekuasaan “wilayah” bukan sahaja terhadap orang ramai, bahkan terhadap dirinya sendiri. 

5) Lelaki

Menurut Imam Al-Mawardi berpendapat lelaki mempunyai kelebihan dari segi akal fikiran dan kekuatan, maka tidak harus bagi perempuan mengatasi lelaki. 

6) Adil

Menurut pendapat jumhur ulama, seorang yang dilantik menjadi kadi itu hendaklah bersifat adil. Tidak sah melantik seorang yang fasik sebagai kadi atau memegang jawatan tersebut.

7) Mestilah dikalangan Mujtahid

Golongan Syafie, Hambali, Maliki dan sebahagian ulama Hanafi mensyaratkan seseorang yang dilantik menjadi hendaklah berkeahlian di dalam bidang hukum syarak atau bertaraf mujtahid. Oleh demikian tidak sah melantik kadi dari kalangan orang yang jahil dan juga mukallid .

8) Sempurna pancaindera

Seseorang yang dilantik menjadi kadi hendaklah seorang yang mendengar, melihat, dan tidak boleh melantik orang yang pekak . Ini kerana orang yang pekak (tuli)tidak dapat mendengar percakapan orang yang bertikai ; sukar baginya untuk membezakan diantara orang yang menuntut dengan orang yang dituntut, mana yang benar dan mana yang yang salah, mana yang hak dan mana yang batil.


Tetapi harus diingat, apabila tidak mengikut syarat-syarat kelayakan dalam Islam maka seseorang hakim itu tidak sah melakukan perbicaraan. Dengan itu seluruh proses Mahkamah Syariah Khas di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu menjadi tidak sah.

Jadi.., kesimpulannya di sini ialah, Hudud Allah dengan Hudud Pas berbeza. Pas mengubahsuai Hudud Allah supaya memberi manfaat kepada mereka dan mengatakan Hudud Pas adalah Hudud Allah. Mereka juga mendakwa, menolak Hukum Hudud PAS samalah seperti menolak Hudud Allah.

PERHATIAN!

HUKUM ALLAH TIDAK BOLEH DIPINDA-PINDA. TIDAK BOLEH DIPOLITIKKAN, TIDAK BOLEH DIKURANGKAN

JELAS SEKARANG?

PAS MEMPERALATKAN AGAMA DEMI KEPENTINGAN POLITIK SEMPIT 
DAN MELAMPIASKAN NAFSU SERAKAH MEREKA 
DEMI HENDAK MENAWAN BUMI MALAYSIA

PAS ANGKUH
PAS JUMUD




6 ulasan:

Anonymous said...

UMNO perlu memulakan langkah terbaik agar Hudud Allah yang bersandarkan Al-Quran dan Sunnah dapat dilaksanakan di Malaysia.

Unknown said...

Betul dan insyallah...syaratnya PAS kena bergabung dahulu dgn UMNO. Bina kekuatan Melayu Islam dengan lebih sempurna...

Anonymous said...

Nak buat baik / ibadat, jangan bersyarat-syarat, buatnya kerana Allah s.n.t.
Itulah yang menentukan keikhlasan kita.
Kefahaman saya adalah berlandaskan apa yang telah ditarbiyahkan kepada saya oleh media massa sekeliling saya.
Saya juga dididik agar selalu membuat analisa. Jadi, fahaman saya melalui media massa ialah UMNO tidak mengambil inisiatif unruk melaksanakan hudud. Sebabnya hanya Allah s.n.t sahaja yang tahu.
Dari pandangan liar, UMNO tidak mengambil Al-Quran dan Sunnah 100%.

Unknown said...

Hehehe...terima kasih di atas pandangan kamu itu. Nmpk mcm sudah tepat analisa kamu. Tetapi kamu terlupa sesuatu. Iaitu UMNO tegakkan Islam dibumi M'sia ini dengan caranya. Selari dgn kehendak Islam. Dan ini juga telah diakui oleh seluruh ulamak dunia (bukan ulamak PAS)Adakah hanya satu sahaja perkara iaitu Hudud, terus dituduh bukan Islamik? Walhal Takzir, Qisas dan Diat telahpun dilaksanakan. Pembangunan Islam juga telah dilaksanakan. Hanya satu perkara sahaja kamu semua sudah tuduh UMNO itu kafir...Hebat!. Umpama isteri yg dikahwini selama 54 tahun, hanya sekali masak nasi hangit terus ceraikannya. Adil kah begitu? Dimana Islamnya? PAS bukan Islam. PAS nk tawan negara sahaja. Itu agenda utamanya. Bukan nk bawa negara ke arah Islam pun.

Anonymous said...

UMNO-BN telah memerintah Malaysia selama lebih 50 tahun. Kalaau seorang manusia, ia dianggap veteran yang meniti usia emas. Fasa Takzir, Qisas dan Diat sudah berlalu. Kini tiba fasa Hudud.
Aku tidak mengkafirkan UMNO tetapi ciri-ciri Islamik pada UMNO nampak amat tipis. Undang2 yang dikatakan Takzir, Qisas dan Diat itu banyak dicedok dari penjajah. Terima kasih diucapkan. Namun ia tidak dapat mencegah masalah kecurian, ragut, rompak dan zina.
Bolehlah aku simpulkan disini UMNO tiada inisiatif untuk melaksanakan Hudud drafuntuk pembentangan ke Parlimen pun tak ada (walaupun boleh gunakan draf PAS yang di perbaiki).
UMNO cuma hendak menggunakan hudud untuk menggula-gulakan PAS agar bergabung dengannya. Itulah cara 'corrupted' UMNO.
Nasihat aku kepada UMNO, berhentilah menggadaikan agamamu dan maruah bangsamu untuk kepentingan kuasamu.

Unknown said...

Hehehe...saudara yakin sangat ker yg UMNO tiada inisiatif nak laksana hudud? Saudara tahu ke belum yang mungkin ahli-ahli erdik pandai dalam hal ehwal undang-undang dan agama telah duduk semeja membincangkan Hudud ini?...Saudara tidak sisat ke dulu? Macama isu ISA. Selama ini x nmpk pun akan dibubarkan...tiba2, bubar..Tentang ISA itu, senang sebab semua kaum mahu ia dibubarkan..Tetapi isu hudud ini, susah...sebab kekuatan Islam Melayu pun lemah. Macamana nak laksanakannya?...Sila jawab...
Pasal masalah sosial, mengapa tidak disalahkan ibu bapa? Mengapa harus Kerajaan jugak nk kena jaga? Sy rasa Kerajaan sudah buat apa yang saepatutnya cuma selebihnya atasa tanggungjawab ibu bapa. X kn anak keluar rumah pd mlm2 nk suruh Kerajaan pantau gak?...Sy rasa x sesuai jika hendak salahkan Kerajaan x laksana hudud menyebabkan mslh sosial...harap maklum

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.