.

.

Pages

FAKTA HUDUD SEBENAR IV

Saturday, December 17, 2011



HUDUD...Menjelma lagi dalam tahun ini. Tahun dimana diwar-warkan Pilihanraya Umum Malaysia. Seperti yang sedia maklum, PAS akan berkumandang lagi irama hudud seperti yang masa lalu. Pernahkah anda semua terfikir?

TIADA SEORANG PUN RAKYAT MALAYSIA YANG MENOLAK HUKUM HUDUD INI. Diulangi..TIADA SEORANG PUN RAKYAT MALAYSIA YANG MENOLAK HUKUM HUDUD INI.


YANG KAMI TOLAK ADALAH HUDUD VERSI PAS

Sebab 

Draf yang dibentangkan pada seminar di Kuala Terengganu 12 Mei 2002 ada Bughah (Fasal 23, 24 dan 25).

Sedangkan dalam EKJS (II) 1993 Kelantan dan rang yang diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 7-9 Julai 2002 tidak ada Bughah.

Mengapakah bughah diketepikan dalam kedua-dua undang-undang hudud itu? 

Bughah mengikut istilah syara` adalah “ segolongan umat Islam yang melawan dan menderhaka terhadap Ulil Amri (imam) iaitu pemerintah atau kerajaan yang adil yang menjalankan hukum-hukum syariat Islam.’ (Kifayah al-Akhyar, jild 2 hal 122)
Bughah mengikut istilah ilmu tata negara adalah “perbuatan sekumpulan dan segolongan umat Islam yang memberontak untuk menentang dan menderhaka kepada ulil amri yang dinamakan jarimah siyasah( iaitu suatu kesalahan dalam politik)”.( Qanun Jinayah Syariyyah, hal 129)

Draf Hudud oleh PAS didapati tidak memberi keadilan malah menzalimi rakyat.
Ini kerana Hudud dikatakan terpakai untuk orang Islam sahaja, sebagaimana petikan dalam surat Dr.Mahathir (Tun Dr Mahathir) kepada Nik Aziz, yang menyatakan:

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kepada kepentingan ramai (muslihat umum)”

2. Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan Pas di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Di samping itu Al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku.
Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah Pas di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman


SOALANNYA
ADAKAH PARTI PAS MENGANGGAP DENGAN PELAKSANAAN HUKUM HUDUD VERSI PAS ITU MENJAMIN KEADILAN KEPADA SEMUA RAKYAT DI NEGARA INI?

APA JAMINAN PARTI PAS JIKA HUKUM ITU DISALAHGUNAKAN?

ADAKAH PARTI PAS AKAN BERTANGGUNGJAWAB?

TIDAK!

SELAMA INI PUN SETIAP KESALAHAN HATTA DARI KESILAPAN PARTI PAS 
AKAN DITUJUKAN KEPADA 
KERAJAAN JUGA

ADAKAH MEREKA AKAN MAHU BERTANGGUNGJAWAB?

PAS ANGKUH
PAS JUMUD

SEKARANG PELUANG UNTUK MELIHAT PELAKSANAAN HUDUD KEMBALI TERTUTUP APABILA PAS BERGABUNG DENGAN DAP
YANG TERANG-TERANG MENOLAK HUKUM ALLAH INI.

SALAH SIAPA SEBENARNYA?








0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.