.

.

Pages

FAKTA HUDUD SEBENAR III

Saturday, December 17, 2011




HUDUD...Menjelma lagi dalam tahun ini. Tahun dimana diwar-warkan Pilihanraya Umum Malaysia. Seperti yang sedia maklum, PAS akan berkumandang lagi irama hudud seperti yang masa lalu. Pernahkah anda semua terfikir?

TIADA SEORANG PUN RAKYAT MALAYSIA YANG MENOLAK HUKUM HUDUD INI. Diulangi..TIADA SEORANG PUN RAKYAT MALAYSIA YANG MENOLAK HUKUM HUDUD INI.


YANG KAMI TOLAK ADALAH HUDUD VERSI PAS

Sebab 

1) Kerajaan Kelantan telah memperuntukan RM 500,000 untuk menyediakan draf Hudud.
2) Hudud juga telah diwartakan dan diluluskan di Kelantan. Namun, belum ada perlaksanaannya lagi. 
3) Terdapat 3 versi Hudud yg berbeza dari segi fasal dan huraiannya.

4) Hudud adalah milik Allah, dan telah ditetapkan oleh Allah. Tetapi mengapa pula boleh berbeza-beza mengikut negeri-negeri yang berlainan?



Sehingga kini ada tiga versi hudud Pas yang masing-masing berbeza.

Pertama : Hudud Pas Kelantan yang bernama Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 mempunyai 72 fasal.
Kedua     : Hudud Pas Terengganu yang dibentang dalam seminar pada 12 Mei 2002 bernama Draf Cadangan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu mempunyai 74 fasal.
Ketiga     : Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS) (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M yang mengandungi 67 fasal sahaja.

SOALANNYA
MANAKAH SATU HUDUD SEBENARNYA YANG 
PARTI PAS PERJUANGKAN?

BAYANGKAN JIKA JEMPUTAN UNTUK BERGABUNG DGN UMNO PADA HARI ITU DITERIMA OLEH PAS, BUKANKAH SENANG JIKA HENDAK MELIHAT HUDUD TERTEGAK DI MALAYSIA?

TETAPI PAS ANGKUH
PAS JUMUD

SEKARANG PELUANG UNTUK MELIHAT PELAKSANAAN HUDUD KEMBALI TERTUTUP APABILA PAS BERGABUNG DENGAN DAP
YANG TERANG-TERANG MENOLAK HUKUM ALLAH INI.

SALAH SIAPA SEBENARNYA?



4 ulasan:

Anonymous said...

Draf dari UMNO macamana pula?

Melayu Kedah Terakhir said...

Hukum Hudud mana ada draf mendraf? Ianya diturunkan oleh Allah s.w.t.Ingat Tuhan main politik mcm PAS ker?
Jika PAS & UMNO bersatu, dan menang majoriti terbanyak PRU kali ini, x mustahil jika minta Hukum Hudud akan dilaksanakan...

Anonymous said...

Kalau Al-Quran tu perlu dijadikan draf, UMNO boleh bentangkan kepada parlimen.
Kalau tak boleh, carilah alternatif terdekat supaya rakyat boleh melihat kesungguhan UMNO.
Pasal penyatuan UMNO dan PAS, aku rasa ianya hanya boleh berlaku jika UMNO rujuk kepada PAS. Adalah amat sukar untuk UMNO meminta PAS rujuk kepada UMNO kerana sejarah silam yang bukan sahaja hitam, malah 'Black Metalic' lagi.
UMNO kini semakin lemah. "PAS semakin hari semakin kuat," kata Chua Soi Lek. UMNO perlu melakukan sesuatu.

Melayu Kedah Terakhir said...

Terima kasih diatas ulasan anda...Tapi anda tahu ke kenapa PAS merajuk dgn UMNO sebenarnya? Jika x tahu, insyallah di artikel yg akan datang sy akan kupaskan satu persatu. UMNO x heran dgn PAS kerana UMNO yg menjadi tulamg belakang kpd BN. Tp berbeza pula dgn PAS...Jadi sila perbetulkan fahaman anda. Trima kasih sekali lagi

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.