HUDUD...Menjelma lagi dalam tahun ini. Tahun dimana diwar-warkan Pilihanraya Umum Malaysia. Seperti yang sedia maklum, PAS akan berkumandang lagi irama hudud seperti yang masa lalu. Pernahkah anda semua terfikir?
TIADA SEORANG PUN RAKYAT MALAYSIA YANG MENOLAK HUKUM HUDUD INI. Diulangi..TIADA SEORANG PUN RAKYAT MALAYSIA YANG MENOLAK HUKUM HUDUD INI.
YANG KAMI TOLAK ADALAH HUDUD VERSI PAS
Sebab
Sebenarnya setiap masalah yang timbul adalah berpunca dari seorang yang mula-mula mengetengahkan isu hukum Hudud iaitu Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) pada 1993. MKT akui ianya sangat bagus dan demi untuk kebaikan umat Islam di Malaysia.
Tetapi ianya menjadi tawar apabila TGNA mula memperdendangkan isu tersebut apabila permintaannya untuk melaksanakan hudud di Kelantan ditolak oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammed iaitu Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu. Disitulah permulaan isu ini sebenarnya.
MKT masih lagi teringat semasa PAS melancarkan kempen hududnya hingga terterbitnya 3 versi hudud. Di Kelantan sahaja versi Hudud dibelanjakan sebanyak RM500K hanya membuat versi Hudud ciptaan PAS. Bukankah hudud ini milik Allah s.w.t? Mengapa hudud PAS terbahagi kepada 3 versi?
Banyak persoalan berlegar-legar di pemikiran kita, kenapa Dr Mahathir menolak hukum Hudud. Sedangkan kita sudah jelas ianya hukum Allah dan termaktub di dalam Al-Quran. Jadi di sini kita rungkaikan sedikit persoalan tersebut.
- Hudud
- Qisas
- Ta’zir
Dalam undang-undang syariah Malaysia, Qisas, Ta’zir dan Diat telah dilaksanakan kecuali Hudud.
Mari kita lihat perbandingan antara Hudud, Qisas dan Ta’zir.
1. Hukum Hudud – Dari segi istilah Hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah yang WAJIB dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.
2. Qisas – Dari segi syarak, Qisas bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W. kerana kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak individu.
Mengikut hukum Qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.
3. Diat – Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.
Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu Qisas atau Diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, Qisas bunuh dikenakan.
Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan pembunuhan tidak sengaja adalah Diat sahaja. Qisas tidak dikenakan.
4. Ta’zir – Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategori ta’zir;
(a) Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.
(b) Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.
(c) Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.
BAYANGKAN JIKA JEMPUTAN UNTUK BERGABUNG DGN UMNO PADA HARI ITU DITERIMA OLEH PAS, BUKANKAH SENANG JIKA HENDAK MELIHAT HUDUD TERTEGAK DI MALAYSIA?
TETAPI PAS ANGKUH
PAS JUMUD
SEKARANG PELUANG UNTUK MELIHAT PELAKSANAAN HUDUD KEMBALI TERTUTUP APABILA PAS BERGABUNG DENGAN DAP
YANG TERANG-TERANG MENOLAK HUKUM ALLAH INI.
SALAH SIAPA SEBENARNYA?
6 ulasan:
Salam,
To have some hudud whether it is PAS version or not is better than NO HUDUD AT ALL.
That correct but it seems PAS follower too dumb to think that UMNO would not done that laws...hehehehe
Buat masa sekarang, aku tak nampak bahawa UMNO akan melaksanakan hudud jika BN jadi pemerintah. Apa yang aku dengar, wakil MP UMNO akan menyokong hudud jika ianya dibawa ke Parlimen, semasa Pakatan menjadi pemerintah.
Cakap dengar yang salah sebenarnya...cuba bentangkan di Parlimen. Cuba tengok siapa yang sebenarnya kuat membantah...Jangan main agak jer...Jika benar PAS nk laksanakan, mengapa dari 1993, x der sorg pn MP PAS usulkan di Parlimen? Soal kpd diri sendiri...insyallah akan dpt jawapannya
Soalnya, UMNO juga tak pernah cuba bentangkannya. Hudud tu wajib atas pemerintah Islam. UMNO, sebagai tunjang BN, perlu bentang kat pralimen.
PAS menjadi pemerintah kat negeri. At least, rakyat nampak PAS ada bentangkan kat negeri.
UMNO gagal menampakkan kemahuan untuk laksanakan hudud walhal media UMNO spt Utusan dan TV3 amat berpengaruh untuk menyampaikan hasrat hati UMNO.
Mengapa nk salahkan UMNO? Sapa yg beria2 nk laksanakan hudud? hakikatnya hanya satu daripada empat hukum dah dilaksanakan. Jika PAS rasa hukum hudud adalah perlu, dipersilakan tunjuk kehebatannya di negeri2 tadbiran PAS dahulu. Jadilah peneraju Hukum Hudud. Adakah PAS takut untuk menjadi peneraju hukum? Adakah PAS begitu bacul hingga perkara itu pun tetap disalahkan UMNO? Saya cabar saudara-saudara semua agar minta kepada pemimpin atasan PAS mendesak Kerajaan laksanakan hudud melalui PArlimen. Disitu baru tahu siapa yang sebenarnya yang tak mahu laksanakan hukum Allah ini
Post a Comment