PAS VS PAS
Salah seorang MP PAS yang paling MKT nyampah adalah Mahfuz Omar (Parlimen Pokok Sena). Peristiwa baru-baru ini buat MKT lagilah nyampah yang amat sangat kepada beliau. Tindakan beliau memperlekeh-lekehkan 'perang Hassan Ali' jelas menampakkan kebodohan beliau.
Beliau tidak perlu tersinggung dengan sindiran pedas Hassan Ali. Sememangnya gelombang ketidakpuashatian dalam kalangan ahli PAS terhadap slogan "Negara Berkebajikan", "PAS Ganti UMNO" dan "PAS For All" sudah semakin menyerlah, semenjak PAS bersikap terlalu liberal dan mengikut telunjuk DAP.
AWAT?
TERASA KA?
Perang yang disytiharkan oleh Hassan Ali ialah perang jihad menentang golongan sekular yang menempek di dalam PAS atas nama Islam dan cuba merubah perjuangan PAS yang selama ini sudah tertanam di dalam benak orang-orang yang ikhlas mahu melihat tertegaknya daulah Islamiyyah di bumi Malaysia ini.
KUALA LUMPUR, 21 Dis — Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan media Datuk Dr Hasan Ali semalam sebagai satu pendirian “mengisytiharkan perang” ke atas dasar dan keputusan muktamar parti Islam itu.
“Berdasarkan apa yang beliau perkatakan semalam, saya sifatkan, saya anggap bahawa beliau sudah mengisytiharkan perang ke atas PAS, mengisytiharkan perang ke atas keputusan muktamar, ya, dasar-dasar PAS,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
Sambil berkata Hasan, bekas pesuruhjaya PAS Selangor tidak menyerangnya semalam, Mahfuz berkata, apabila beliau mempersoalkan dasar negara Islam dan konsep negara berkebajikan bermakna pemimpin itu sudah “menolak keputusan muktamar (tahunan pada Jun lalu) yang bersetuju dengan ucapan dasar presiden.”
Ucapan dasar Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku presiden kali ini bertemakan negara berkebajikan. Konsep itu bagaimanapun dikritik oleh pemimpin-pemimpin Umno. Baru-baru ini, susulan kepada dasar ucapan itu Hadi melancarkan gagasan “Negara Kebajikan Tawaran PAS” dalam bentuk buku.
“Muktamar dihadiri oleh Mursyidul Am, Presiden, Majlis Syura dengan perwakilan mereka, Dewan Pemuda dengan perwakilan mereka, Dewan Muslimat dengan perwakilan mereka, dan perwakilan-perwakilan dari kawasan yang mempersetujui konsep negara berkebajikan... bermakna dia telah mengisytiharkan dia sudah hilang kepercayaan dan menolak keputusan yang dibuat (oleh muktamar) dan menolak dasar PAS,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini.
Kata Mahfuz, beliau tidak kisah jika Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, mengkritik soal-soal teknikal.
“Bukannya mempersoalkan dasar PAS, macam dibuat oleh pemimpin-pemimpin Umno,” kata beliau sambil menambah, sekiranya Hasan sudah mengeluarkan kenyataan bersifat mengisytiharkan perang ke atas PAS, maka “beliau sudah patut membuat keputusan untuk diri beliau.”
PEMIMPIN PAS SEMEMANGNYA BODOH
KATA BERILMU TAPI KOSONG
YANG KETAWA CINA-CINA DAP
MELIHAT SESAMA MELAYU BERCAKARAN SESAMA SENDIRI
0 ulasan:
Post a Comment