.

.

Pages

PUTAR BELIT PAS KEDAH TENTANG SURAU SALIHIAH...

Thursday, December 29, 2011


AJK PAS Pusat Idris Ahmad berkata, rakyat tidak pernah lupa pengkhianatan Umno dalam isu perobohan dan penutupan banyak masjid surau sejak parti itu memerintah negara.


"Kenapa pemimpin Umno seperti (Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah) Datok Ahmad Bashah, (Ahli Parlimen Jerlun) Datuk Mukhriz Mahathir dan (Ketua Umno Bahagian Baling) Datuk Azeez Abdul Rahim pekak dan bisu ketika kerajaan pimpinan Umno meruntuhkan masjid Bujal di Kemaman, menutup surau Jubli Perak di Bandar Baru Bangi, menutup Surau al Rahmah di Seksen 8 Shah Alam, menutup surau di Puchong Perdana


Jawapan MKT..hanya satu sahaja perbezaan yang ketara tentang surau-surau itu dengan Surau Salihiah. Iaitu surau Salihiah itu dibina atas tanah WAKAF. Bukannya tanah persendirian.

Pernah ker juak-juak PR tengok dengan mata kepala sendiri 'blueprint' surau yang bakal dibina itu?
Ianya akan dibina didalam kompleks membeli belah itu. Bukankah pembinaan surau didalam setiap kompleks membeli belah adalah satu kemestian?. Jangan memusing fakta la wahai juak-juak PR..

Dari sudut bahasa WAKAF ertinya menahan. Maksudnya menahan harta dari DIPERJUALBELIKAN atau digunakan sehingga habis. Dengan demikian harta itu tetap kekal.

Menurut syara', wakaf ialah menahan harta dan memberikan manfaat di jalan Allah. Tetapi kalau sudah namanya kompleks membeli belah, ingat tidak ada ke irama muzik yang berkumandang? Silap-silap azan dari surau pun tidak akan didengari lagi... paling tidak pun akan ada pula rakan-rakan DAP buat memo kepada MB yang azan menganggu ketenteraman pulak...hehehehe

Pernah ke korang melihat sekitar Jalan Putra? Sekitar Jalan Pintu Sepuluh? Itu kawasan Cina keseluruhannya. Begitu banyak pub-pub, pusat karaoke, rumah urut terbina disitu. Agak-agak lah, pengaruh maksiat itu tidak akan termasuk kedalam kompleks itu ke?

Mungkin mufti-mufti yang meluluskan terlepas pandang akan kemashalatan isu surau ini.

Rumusan MKT..kalau surau itu diroboh untuk bina surau yang lebih besar tetapi dibina diatas tanah wakaf juga, MKT amatlah bersetuju. Tetapi jika surau itu dirobohkan hanya untuk bina kompleks membeli belah hatta hendak bina surau didalamnya, MKT terang-terang tidak bersetuju. Kerana tidak mustahil akan tercampur perkara halal dan haram di sekitar surau itu.






3 ulasan:

Anonymous said...

belasan tahun yg lalu setiap subuh hari sentiasa lalu lalang di hadapan madrasah tersebut untuk ke sekolah.....memori yg tak mudah di lupakan....selamatkanlah

Anonymous said...

Puak ni memang munafik. Bila orang buat depa kutuk. Bila depa buat depa akan kata dulu hampa pun buat. Maknanya depa lagi buruk perangainya. Harap kopiah putih dan janggut saja. Tapi kepala otak dan mulut masyaAllah. Semoga Allah runtuhkan Golongan yang mahu runtuhkan Madrasah itu. Yang paling sedih kenapa dibawa puak Penang nak majukan tempat itu. segalanya bukan lagi untuk Islam tapi untuk undi. Mereka sudah lebih cina dari cina tapi marah kalau orang nak perjuang Melayu. Munafik sungguh.

Anonymous said...

org2 yg telah menempah neraka sbb meruntuhkan masjid dan mengambil tanah wakaf.... wahai puak2 pas berhentilah .....kerana surau masih belum dirobohkan dan tanah wakaf belum dirompak oleh kaum kamu....

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.