.

.

Pages

Showing posts with label ds najib. Show all posts
Showing posts with label ds najib. Show all posts

03 APRIL...KISAH DISEBALIKNYA @NajibRazak

Tuesday, April 3, 2012 | 0 ulasan

Assalamualaikum...


03hb April ....apa yang menarik pada tarikh hari ini. 

Mengapa MKT tiba-tiba sahaja memberi tumpuan kepada tarikh 03 April? 

Untuk pengetahuan para pembaca, 03hb April adalah tarikh salah seorang tokoh kenegaraan iaitu Datuk Seri Najib bin Tun Razak, DILANTIK sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 menggantikan Pak Lah yang bersara awal.

PESANAN KHAS UNTUK UMNO.....

Saturday, March 24, 2012 | 0 ulasan


Najib berkata beliau sedia mengambil risiko tidak akan calonkan semula wakil rakyat BN yang tidak perform dan tidak winnable. Perdana Menteri sedar ada nanti yang merasa kecil hati namun beliau tidak ada pilihan dalam memastikan calon-calon yang selari dengan kehendak pengundi sahaja yang akan turun padang mewakili BN dalam pilihanraya mencabar ini.

SPBA DIBATALKAN? KETAMAKKAN CUEPACS MENJADI PUNCANYA...

Thursday, March 8, 2012 | 9 ulasan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dimansuhkan.

Dalam pengumuman di depan ribuan penjawat awam di Putrajaya hari ini, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati.

NAJIB SUDAH, ANWAR BILA LAGI?

Wednesday, March 7, 2012 | 0 ulasan

Assalamualaikum...


Kembali kepada politik tempatan. Baru-baru ini satu Malaysia dihebohkan permohonan maaf oleh Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Hj. Najib bin Tun Razak. Pelbagai pujian dan tohmahan telah dilemparkan kepada beliau sehinggakan MKT lihat ada pro dan kontranya disebalik permohonan maaf tersebut.

KEIKHLASAN ATAU KHILAF

Friday, December 16, 2011 | 0 ulasan

KEIKHLASAN ATAU KHILAF

Satu perbincangan mengenai ketidakikhlasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno-Barisan Nasional (BN) melakukan reformasi sistem pilihanraya sebelum pilihan raya umum ke-13 akan diadakan baru-baru ini. 


Pakatan Rakyat membuat keputusan tersebut ekoran kenyataan perdana menteri bahawa pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak perlu menunggu keputusan jawatankuasa khas parlimen mengenai reformasi pilihan raya. Ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS juga akan mengadakan mesyuarat khas bagi menimbang penyertaan dalam Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC).

Katanya, ini kerana beliau berpendapat, ianya tidak membawa sebarang makna setelah perdana menteri membuat kenyataan sedemikian sambil menyuarakan kekesalan PAS.

"Kenyataan tersebut membuktikan sikap sebenar kerajaan terhadap tuntutan rakyat bla, bla, bla....

Itu hujah dari Ketua Penerangan PAS....

baiklah...aku yang salah...hehehe
Ini hujah MKT pulak...

Setahu MKT, pembubaran Parlimen pada bila-bila masa sebenarnya sudah menjadi sinonim budaya politik di Malaysia. Sejak dari pilihanraya pertama hinggalah sekarang. Dan baik parti-parti pembangkang pun sudah maklum akan tradisi ini. Jadi persoalannya, mengapa baru sekarang diluahkan ketidakpuashati ini? Adakah kerana parti-parti pembangkang sudah sedia maklum yang Kerajaan Negeri yang mereka tadbir sekarang akan terlepas dan mereka tidak bersedia sepenuhnya?

Didepan rakyat mengaku jaguh hakikatnya dibelakang rakyat mereka bacul. Selama ini mereka menganggap mereka adalah pejuang. Dan pejuang juga senantiasa berwaspada menghadapi segala kemungkinan. 

JADI KEPADA RAKYAT MARHAIN SEKELIAN, MENGAPA HARUS KITA LETAKKAN HARAPAN NEGARA KEPADA PEJUANG-PEJUANG YANG TIDAK PERNAH BERSEDIA INI? 

"Sekiranya tidak, apa gunanya rakyat mengundi sekiranya keputusan pilihanraya bukan keputusan yang membayangkan hasrat mereka sebenar di akar umbi, tetapi hasrat pengundi hantu dan warga asing yang berlambak untuk memenangkan calon parti tertentu," tambahnya. Tegasnya, kerajaan harus menyedari kemarahan rakyat dan tuntutan dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 baru- baru ini. "Sikap kerajaan yang menolak diadakan pilihanraya sebelum sistem diperbaiki sudah tentu akan mengundang kemarahan rakyat dan tahap kebolehpercayaan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus merosot. "Keadaan ini sangat tidak baik bagi negara, dan terutamanya kerajaan memerintah dan tidak mustahil parti- parti dalam Pakatan Rakyat akan menarik diri ekoran kenyataan Perdana Menteri.

"Ketidakikhlasan kerajaan Barisan Nasional ini juga dijangka akan mempercepatkan bantahan rakyat, justeru menyemarakkan semangat untuk himpunan BERSIH 3.0 diadakan," tambahnya. Ujarnya lagi, PAS menegaskan bahawa kerajaan tidak patut dan sememangnya "ia amat tidak bertanggungjawab untuk membubarkan Parlimen dalam keadaan mereka sedar bahawa sistem pilihanraya negara kita sememangnya tempang berhadapan dengan kelemahan dan kepincangan yang pelbagai.

INIKAH YANG DIKATAKAN MENGIKUT ISLAM? MENGUGUT PEMERINTAH?


dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim:
قال الرسول    : إنه يستعمل عليكم أمراء فتعرفون وتنكرون فمن كره فقد برىء ومن أنكر فقد سلم ولكن من رضي وتابع . قالوا : يارسول الله ألا نقاتلهم ؟ قال : لا ما أقاموا فيكم الصلاة
Maksudnya : Sesungguhnya akan muncul ke atasmu beberapa pemimpin yang kamu kenal kebaikan dan kejahatannya. Maka sesiapa yang membenci dalam hatinya maka bererti telah bebas, sesiapa yang menentang bererti selamat sebaliknya siapa yang rela dan mengikutinya maka itulah yang  binasa. Sahabat bertanya : Wahai Rasulullah! Tidakkah lebih baik kami memerangi mereka dengan senjata?. Jawab nabi : Jangan! Selagimana mereka masih sembahyang.








 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.