.

.

Pages

Showing posts with label Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Langkawi. Show all posts

HARGA FERI LANGKAWI NAIK LAGI?

Saturday, November 9, 2013 | 0 ulasan


Diberitakan bahawa harga tiket istimewa yang dikecapi oleh warga Langkawi selama ini akan ditarik balik. Harga tiket yang dikenakan ke atas warga Langkawi adalah berkurangan sebanyak RM3.00 daripada harga tiket asal iaitu RM23.00 (Langkawi - Kuala Kedah) dan RM18.00 (Langkawi - Kuala Perlis)

CALON UMNO SERANG MKT..?

Wednesday, September 25, 2013 | 0 ulasan

Lama benar Ibnu tidak menulis blog. Bukan apa, kerana ingin merehatkan minda dan tenaga yang banyak habis sewaktu PRU yang lalu.

Tujuan Ibnu menulis ini adalah kerana ingin memperjelaskan serangan-serangan terhadap calon UMNO Langkawi oleh rakan Ibnu iaitu Melayu Kedah Terakhir @ MKT, yang nampaknya telah disalah tafsir oleh sebilangan besar calon-calon bukan pilihan ramai.

UFB HENTAM WARGA PAS LANGKAWI

Wednesday, February 27, 2013 | 0 ulasan


Pada mulanya dilihat tidak ramai pengunjung yang akan datang menghadiri ceramah beliau ni. Tetapi rupanya jangkaan MKT meleset. Hasilnya khemah yang dikhususkan untuk para hadirin penuh sesak. Ditepian jalanraya, didalam restoran dan dimana sahaja ada kawasan lapang akan dipenuhi manusia yang datang untuk mendengar intipati Ustaz Fathul Bari berkenaan tajuk 1 Malaysia Menolak Fitnah.(termasuk orang-orang PAS juga)

DARI LANGKAWI ...PEMANSUHAN KENAIKAN SEWA RUMAH LADA

Wednesday, April 4, 2012 | 0 ulasan

Assalamualaikum...



Baru-baru ini MKT ada dedahkan notis dari Lembaga Pembangunan Daerah Langkawi (LADA) yang bercadang menaikkan sewa rumah sewaannya dari RM250 ke RM300. Ianya melibatkan 3 kawasan perumahan iaitu Taman Desa Permata, Taman Kenari dan Taman Sri Berlian. CERITANYA DI SINI

DARI LANGKAWI...DATANG TU, BIARLAH BERADAT SIKIT

Friday, March 16, 2012 | 0 ulasan

Assalamualaikum...



Rakyat Langkawi akan menerima tuah dengan kehadiran mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Mohammad Fairus Khairuddin ke Program Silaturrahim Bersama Penduduk Ayer Hangat pada 17hb Mac 2012. Sememangnya kehadiran beliau ke daerah terkaya di Kedah ini untuk membantu memperkuatkan UMNO amatlah dialu-alukan.

DARI LANGKAWI...STRESS PEMIMPIN WAHID PKR LANGKAWI

Thursday, March 15, 2012 | 0 ulasan

Assalamualaikum...


Setelah menghadiri satu program ceramah pembohongan PKR di Kg Bohor Tempoyak baru-baru ini, ada seorang pemimpin tertinggi PKR Langkawi telah berkejar ke Hospital Kerajaan Langkawi untuk mendapatkan rawatan.

Rupa-rupanya beliau telah disahkan berpenyakit darah tinggi. Selalunya penyakit ini menyerang apabila seseorang didalam keadaan yang stress.

DARI LANGKAWI..RAKYAT LANGKAWI MENOLAK KEPIMPINAN UMNO?

Wednesday, March 14, 2012 | 0 ulasan

Assalamualaikum...

Penduduk Langkawi telah meminta bantuan dan pertolongan daripada Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan kepimpinan Barisan Nasional khususnya UMNO didaerah ini kerana dikatakan zalim dan tidak prihatin terhadap permasalahan rakyat. Penduduk Langkawi juga beikrar akan memastikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya kali ini dan menawan Putrajaya.

DARI LANGKAWI...MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI SILALAH BUAT KERJA SIKIT....

Wednesday, March 7, 2012 | 0 ulasan

Assalamualaikum...


MKT masih ingat lagi pada awal tahun lepas Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) telah mengeluarkan arahan untuk menyita hawan-haiwan ternakan yang berkeliaran di sekitar Pulau Langkawi. Arahan tersebut masih jelas lagi di mata MKT dimana tertulis bahawa MPLBP akan menyita setiap haiwan ternakan yang didapati berkeliaran tanpa notis. Tetapi mengapakah sudah hampir setahun arahan itu dikeluarkan tidak nampak pula hatta seekor pun haiwan ternakan yang telah disita oleh MPLBP?

PENANGAN AJARAN ANWAR...OKU PUN DINODAINYA

Tuesday, March 6, 2012 | 0 ulasan

Assalamualaikum...


Semalam telah berlaku satu penganiayaan terhebat di dalam sejarah daerah Langkawi dimana satu kes yang agak menyayat hati telahpun berlaku di daerah ini. Ianya terjadi agak tragis juga dimana satu perbuatan sumbang mahram telah pun berlaku dimana abang telah menodai si adik. Kes tersebut boleh dikatakan normal tetapi ada lagi klimaksnya.

DARI LANGKAWI...TALIBARUT PAKATAN RAKYAT DALAM UMNO LANGKAWI

Wednesday, February 29, 2012 | 4 ulasan

Assalamualaikum...

Hari ini MKT dedahkan senario benar yang berlaku kepada UMNO Langkawi dimana terdapat ejen-ejen talibarut Pakatan Rakyat telah menyusupi sayap-sayap UMNO Langkawi. Untuk makluman, MKT sudahpun mengenal pasti individu-individu ejen Pakatan Rakyat tersebut.

DARI LANGKAWI - RUMUSAN CERAMAH PEMBOHONGAN OLEH PKR LANGKAWI

Saturday, February 25, 2012 | 1 ulasan

Assalamualaikum...


Seperti yang MKT janjikan bahawa pada entri kali ini MKT akan mendedahkan segala apa yang dibohongkan oleh tukang-tukang karut kepada penduduk Kg. Syed Nahar, Langkawi pada sessi pembohongan semalam.

Penceramah : 1) Zulkifli Mohamad - Penyelaras MKK PKR Negeri Kedah
                    2) Azamuddin Taib - Naib Ketua Cabang PKR Langkawi

Antara pembohongannya adalah :

DARI LANGKAWI...CERAMAH BOHONG PKR LANGKAWI

| 0 ulasan

Assalamualaikum...


Pada pagi ini MKT hendak mendedahkan kepada para pembaca yang budiman tentang cerita-cerita bohong oleh tukang karut yang didatangkan khas dari luar Langkawi dan seorang Naib Ketua Cabang Langkawi oleh PKR Cabang Langkawi. 

Hebat!! Memang hebat sambutannya. Menggalakkan. MKT cuba menghitung berapa ramai yang hadir dengan menggunakan jari kaki MKT. Rupa-rupanya tidak sampai pun 100 orang. Kebanyakkan hadirin terdiri Pemuda Keadilan dan satu NGO Pertubuhan Silat yang agak terkenal di Langkawi. Hitung punya hitung dengan jari kaki MKT, ternampak pula golongan kanak-kanak yang belum baligh memenuhi ruang kerusi di bawah 4 buah khemah. Rupa-rupanya golongan itulah yang paling ramai sekali berbanding dengan yang lain...Adehhh....

MKT rasa Tuhan pun tidak merestui pembohongan demi pembohongan PKR di sini sebab itu dari awal majlis hingga tamat, hujan tidak berhenti-henti mencurah. Ye lah...pada pendapat MKT ianya bukannya hujan rahmat tetapi hujan menghalang rakyat marhain Langkawi dinodai dengan cerita-cerita bohong oleh PKR.

MKT hendak mengulas sedikit sahaja pembohongan mereka iaitu mengenai BR1M. Yang lain-lainnya MKT akan dedahkan pada artikel terbaru selepas  pos entri ini. Tukang-tukang karut ini telah membuat tohmahan terbaru yakni duit BR1M ini diberi kepada rakyat tetapi akan dikutip kembali oleh saman trafik. Kerajaan arahkan pihak Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan memenuhkan kuota saman trafik untuk menggantikan duit BR1M.

Adehhh....dahulu mereka kata BR1M ni dipinjam dari bank dunia lah, duit haramlah, duit KWSP lah dan pelbagai lagi dakyah-dakyah memburukkan imej Kerajaan di mata rakyat. Sekarang cuba membangkitkan pula tohmahan terbaru mengenainya. Selepas ini apa lagi ya tukang karut Pakatan Rakyat hendak buat cerita pula?

Diakhir majlis itu PKR Langkawi memberi rasuah kepada 20 kanak-kanak berupa sebuah kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Tidak lupa juga kepada golongan dewasa diumpannya pula dengan beras 5 kilo kepada 30 orang.

P/S dari MKT : Jika UMNO beri beras, dituduhnya rasuah. Jika UMNO bagi duit BR1M pun dikatakan rasuah. Habis tu, PKR bagi menda-menda semua tu, nak dikategorikan sebagai apa pula yer...? 

DARI LANGKAWI...PERANGAI SEBENAR JUAK-JUAK PAS/PKR LANGKAWI

Wednesday, February 22, 2012 | 3 ulasan

Assalamualaikum...


Hari ini telah berlaku satu insiden di Hospital Langkawi dimana salah seorang juak Pakatan Rakyat Langkawi yang tidak sedar diri telah memaki hamun salah seorang kakitangan hospital. Inilah manusia yang MKT labelkan sebagai tidak sedar diuntung.

Al-kisahnya begini, beliau adalah seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an. Berasal dari Kelibang. Berkahwin dua. Kesnya bermula semasa beliau menghantar isteri mudanya yang berketurunan Siam untuk bersalin. 

Mengikut prosedur biasa hospital, kakitangan tersebut telah meminta surat nikah yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia tetapi beliau menunjukkan surat nikah Songkhla yang diiktiraf oleh Kerajaan Thailand. Disamping itu, beliau juga menunjukkan surat permohonan perakuan nikah dari Pejabat Agama Daerah. Dokumen-dokumen tersebut tidak diterima sebagai bukti perkahwinan mengikut prosedur Hospital Kerajaan.

Yang menariknya, surat permohonan perakuan nikah itu bertarikh 1993. Ini bermakna beliau tidak mengambil surat nikah tersebut di Pejabat Agama Daerah selama 19 tahun lamanya. Tujuannya untuk menggelakan dari dikenakan denda kerana berkahwin diluar kawasan. Jika dah berani berkahwin dua, takkanlah sengkek sangat kot nak bayar denda?

Bagaimana MKT boleh menuduh beliau sebagai salah seoang juak-juak PAS/PKR? Ini adalah MKT kenal siapa mamat ini dan beliau adalah salah seorang ahli yang aktif didalam salah satu parti tak guna ini. Jika inilah nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh juak-juak Pakatan Rakyat, boleh bayangkan atau tidak, bagaimana keadaannya jika Pakatan Rakyat ditakdirkan memerintah Malaysia nanti...?

LINGKUP NEGARA!!

DARI LANGKAWI.. CALON PKR YANG SUDAH KANTOI

Monday, February 20, 2012 | 5 ulasan

Assalamualaikum...


Baru-baru ini MKT mendedahkan pelbagai ragam juak-juak PAS dan PKR semasa mengambil duit sumbangan dari Kerajaan Malaysia iaitu BR1M di DUN Kuah dan Ayer Hangat. Antara yang terhebat adalah bakal calon YB dari PKR yang sanggup tebalkan muka dan menyamar dengan memakai lebai. (dah insaf dah kot?...hihihi)

DARI LANGKAWI...CALON HIPOKRIT DARI PKR

Sunday, February 19, 2012 | 4 ulasan

Assalamualaikum...


Sudah lama agaknya MKT tidak menceritakan tentang bekas DJ Langkawi, bakal calon PKR kawasan Kuah pada PRU akan datang ini. Hari ini MKT akan menceritakan kepada para pembaca betapa hipokrit atau bermuka-mukanya bakal calon PKR ini.

DARI LANGKAWI...SUDAH TERBUKTI PAS MENGGUNAKAN MASJID SEBAGAI MARKAS

Sunday, February 12, 2012 | 4 ulasan

Assalamualaikum...

Sebelum ini MKT ada dedahkan berkenaan Masjid/Surau di Kuala Melaka disini . Baru tadi MKT sudah dapat pengesahan dari teman MKT di Langkawi bahawa artikel sebelum ini adalah benar dan telus. Bukannya spekulasi atau rekaan.

Silalah para pembaca lihat keratan-keratan, poster-poster dan risalah-risalah anti Kerajaan yang dilekatkan di dinding Masjid/Surau tersebut. Masjid/Surau bukanlah digunakan untuk berpolitik. Jangan buat alasan pula yakni pada zaman Rasullah pun berpolitik dibincang didalam masjid jugak. Kerana pada masa itu, MKT yakin tiada gunanya dibuat bilik mesyuarat sebab Rasullah menitik beratkan tentang perpaduan dan mengimarahkan masjid terlebih dahulu.

Apa-apapun, ini adalah salah satu bukti yang artikel MKT bukanlah blogger yang pandai membuat spekuasi seperti blogger-blogger pro pembangkang. Enjoy !!...




P/S dari MKT : Nampak sangat PAS melacurkan agamanya untuk kepentingan politik sempit. Sudahah jual kalimah Allah kepada DAP dengan harga yg cukup murah. Masjid pula dijadikan tempat untuk membuat dosa kering dengan mencerca...Inilah wajah PAS sebenarnya...

DARI LANGKAWI...LAWATAN MENTERI MITI KE LANGKAWI

Friday, February 10, 2012 | 1 ulasan

Assalamualaikum...

MKT mendapat maklumat mengenai Lawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri iaitu Dato' Seri Mustapa Mohammed ke Langkawi. Beliau tiba dengan menaiki pesawat pada malam 09hb Februari 2012. Pelbagai program telah diaturkan oleh UMNO Bahagian Langkawi. Antaranya lawatan ke rumah orang-orang miskin di Kampung Kuah dan Kg. Benang Baru. Selepas itu beliau  akan merasmikan MITI De Langkawi dan Hari Terbuka Bersama PKS.

Disini MKT siarkan program beliau dalam lawatan ke rumah orang-orang miskin. Enjoy!!...

DARI LANGKAWI...TUN MAHATHIR DIFITNAH LAGI?

| 0 ulasan

Assalamualaikum...
Ada seorang sahabat MKT di kepulauan Langkawi telah meminta MKT buat satu artikel untuk menerangkan taktik-taktik jahat segerombolan manusia-manusia yang tidak reti mengenang budi terutamanya dari juak-juak sebelah PKR. Mangsanya adalah Tun Dr. Mahathir, seorang individu yang cukup banyak jasanya kepada masyarakat Langkawi. Malahan jasa Tun adalah tidak ternilai harganya dari bekas Dee Jay itu ataupun juak-juak PKR yang dok kuat menghasut itu.

Dengan agenda memfitnah Tun, mereka juga bercadang hendak menggunakan lori bertujuan untuk membuat hebahan sekeliling kampung seluruh pulau. ( satu advantage) Antara fitnah yang akan di war-warkan kepada penduduk kampung adalah :

DR. HASAN ALI SUDAH TUNAIKAN JANJI KEPADA PENDUDUK LANGKAWI

Wednesday, February 8, 2012 | 0 ulasan

Assalamualaikum...

Semalam telah berlangsung satu majlis Ceramah Perdana "Cabaran Akidah Ummat Kini" di Kg. Sg. Kedak. Ianya membariskan dua orang penceramah yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Hafiz Nordin dan Dato' Dr. Hasan Ali membincangkan berkenaan tajuk akidah. Dianggarkan seramai lebih dari 1,200 orang telah hadir memberi sokongan dan mendengar penerangan dari YB Dato' Dr. Hasan Ali.

Pada awal perancangannya penceramah jemputan iaitu Dr. Riduan Tee akan menyampaikan ceramah bersama-sama Dato' Hasan tetapi terpaksa membatalkannya di atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Disini MKT menyiarkan beberapa gambar yang telah di ambil untuk tatapan para pembaca. Ulasan mengenai tajuk ceramah beliau dan tayangan klip video, MKT akan siarkan pada esok hari. Nantikanlah...









P/S dari MKT : Anggaran bilangan penonton lebih ramai dari siri Ceramah 2 Menteri Besar yang berlangsung baru-baru ini....Nampak sangat MB sebelah Timur tu dah mula tidak popular...hehehehe

GROUP JINGGA 13 MEMBUAT KUNJUNGAN RASMI KE MARKAS PKR AYER HANGAT

Tuesday, February 7, 2012 | 0 ulasan

Assalamualaikum...
Semasa kebanyakkan rakyat Langkawi bergembira dengan Sambutan Perayaan Chap Goh Mei, ada yang bergembira bersama keluarga tersayang, ada juga yang bergembira membeli belah, PKR Langkawi juga tidak ketinggalan juga mengadakan ceramah di hadapan Pejabat PKR DUN Ayer Hangat. 

Dibarisi oleh mantan Senator Ir. Zamri Yusuf dan En. Fazer Musa Ketua Group Jingga 13 (group yang kononnya membongkar isu NFC) telah datang dan memberikan sedikit sebanyak taklimat. Kehadiran dianggarkan sebanyak tak sampai pun 50 orang peserta.

Antara isu yang dibahaskan oleh penceramah-penceramah itu :


1) Rasuah yang telah sebati dengan UMNO/BN
2) Kerajaan Pusat cemburu dengan pembangunan Kerajaan PR Kedah dimana telah membangunkan Kedah dengan berjaya.
3) Makluman tentang anak syarikat Kerajaan Negeri PKB akan melakukan acara pecah tanah di Pokok Asam untuk dibangunkan sebuah hotel bajet 14 tingkat.
4) Kejayaan Jingga 13 membongkar isu NFC 
5) Penyalahgunaan wang rakyat oleh Datin Seri Rosmah semasa Lawatan ke Australia.


Aduh...macam dah tidak isu lain dah ker? Rasanya semuanya sudah dijawab oleh Kerajaan dan blogger-blogger pro Kerajaan. Untuk makluman, rakyat sudah JELAK hendak mendengar pembohongan demi pembohongan yang di bangkitkan oleh blogger-blogger pembangkang. Terutamanya dari pimpinan atas Pakatan Rakyat. Henti-hentikanlah penyebaran berita basi ini. 


P/S dari MKT : Group Jingga 13 inilah pernah tendang MKT dan rakan-rakan dari group mereka. Group yang kesemuanya jenis buta dan tuli Pakatan Rakyat. Jenis tidak mahu mendengar penjelasan dari kedua-dua belah pihak.
 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.