.

.

Pages

Showing posts with label Awam. Show all posts
Showing posts with label Awam. Show all posts

KAEDAH SAMA TETAPI LEBIH MENGUNTUNGKAN...

Wednesday, March 28, 2012 | 0 ulasan


Assalamualaikum...


Perkara yang selalu kedengaran adalah bayi menhisap susu ibunya. Itu adalah normal dan sememangnya normal. 

Tetapi akan menjadi tidak normal bilamana kaedah tersebut disalahgunakan untuk tujuan yang kononnya kreatif tetapi menjolok mata.

NUKILAN TROOPER...YANG ZALIM UMNO, YANG BAIKNYA PULA, TIADA KER?

| 0 ulasan


Mereka kata UMNO sekular. Mereka kata UMNO munafik. Mereka kata UMNO kafir.

Katakanlah, ini semua betul. Maka pastinya PAS dan PR menyatakan merekalah pejuang Islam yang sebenar. Merekalah yang layak digelar imam, khalifah Allah SWT, pemimpin dan sebagainya.

Tapi?

SKIM KAFALAH...DUIT HALAL ATAUPUN DUIT HARAM?

Tuesday, March 27, 2012 | 0 ulasan



Kerajaan Negeri Kedah membuktikan keprihatinannya dengan memperkenalkan Skim Kafalah bagi membantu rakyat yang kurang bernasib baik tanpa mengira agama, bangsa, umur dan fahaman politik. Ia menjamin hak keistimewaan rakyat negeri ini dengan sejajar dengan slogan “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”. 


Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri telah memperuntukkan wang sejumlah RM3.6 juta untuk melaksanakan program Skim Kafalah Kedah bagi tahun 2010. Program ini mensasarkan golongan miskin yang berpendapatan perkapita RM180 ke bawah atau pendapatan seluruh isi rumah RM720 ke bawah.

LAWA...TAPI SAYANG....KEGEMARAN ANWAR

Monday, March 26, 2012 | 0 ulasan


Assalamualaikum...


Cantik, seksi, mengiurkan dan bisa meruntuhkan iman seorang lelaki. Itulah yang MKT boleh tafsirkan apabila terlihat kelibat bekas peserta Miss Universe Canada.

Tetapi sayangnya, hakikat yang sukar MKT dan yang pastinya ramai lagi lelaki untuk menerimanya bilamana beliau adalah seorang bekas lelaki.

HILANGNYA MARUAH ISLAM DI BUMI MESIR...TAK LAMA LAGI MALAYSIA

Saturday, March 24, 2012 | 1 ulasan


Sejak bergambar bogel dalam internet, nama bloger dari Mesir yang juga bekas penuntut universiti berusia 20 tahun, Aliaa Magda Elmahdy terus menjadi sebutan bukan sahaja di Asia Barat malah hingga ke peringkat antarabangsa yang terkejut dengan keberaniannya berbuat demikian.
Selain menerima kecaman dan makian, twitter milik gadis berkenaan telah dikunjungi lebih sejuta kali sementara jumlah pengikutnya pula meningkat dengan mendadak dari hanya beberapa ratus kepada 14,000 orang.
Tindakan beraninya yang tidak bermaruah itu terutama bagi gadis yang dibesarkan di sebuah negara konservatif Islam turut mendapat liputan media antarabangsa.
Aliaa yang menyifatkan dirinya sebagai tidak beragama, telah menetap bersama teman lelakinya, Kareem Amer sejak lima bulan lalu.
Kareem, pada 2006 telah dipenjarakan selama 4 tahun kerana mengkritik Islam dan memfitnah bekas Presiden Hosni Mubarak.
Ketika ditanya sama ada dia mengamalkan seks yang selamat, Aliaa tanpa malu dan segan menyatakan dia tidak mengambil sebarang pil kerana dia anti pengguguran.
Malah dia dengan bangga menyatakan kehilangan dara ketika berusia 18 tahun dengan lelaki yang dicintainya yang 40 tahun lebih tua daripadanya.
Aliaa yang menerima ugutan sejak menyiarkan gambar yang tidak bermaruah itu berkata, dia tidak takut dan sanggup hidup dalam bahaya.
Assalamualaikum...
LAKONAN MANTAP SI MUNAFIK
Mengapakah ini boleh terjadi kepada masyarakat Islam? Sedangkan di Mesir pegangan Islam adalah terlalu konservatif dan amat berbeza dengan Islam di Malaysia.
MKT tidak menafikan bahawa di negara ini pun ada segelintir rakyat yang sebegitu tetapi tidaklah pula mewar-warkan ke seluruh dunia tentang tubuhnya, tentang hal seksualnya seperti anak gadis diatas.
Bukankah di Mesir terletaknya sebuah pusat pengajian Islam yang tersohor di seluruh dunia iaitu Universiti Al-Azhar? Adakah ulama'-ulama' disitu memandang sepi perbuatan anak gadis tersebut?
Ini menunjukkan bahawa tidak semestinya ulama' banyak di dalam sebuah negara itu dapat membendung perbuatan maksiat masyarakat. Jika tidak dapat buat secara terang-terangan maka akan dicuba dengan cara sembunyi-sembunyi.
Yang pastinya ulama' PAS pun tidak akan berkuasa menghalang segala perbuatan maksiat yang berlaku di negara ini.
Kerajaan dan para ulama' di dunia hanya mampu mencegah sahaja perbuatan maksiat dan tidak mampu menghentikannya. Dan itu juga janji Tuhan dan pesanan Rasulullah perkara-perkara yang akan berlaku di akhir zaman nanti.
Tidak semestinya memberi pemerintahan Kerajaan kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS akan dapat membendung segala perbuatan maksiat yang berlaku di negara ini.
Mungkin apa yang akan berlaku adalah lebih teruk dari sekarang kerana senarai calon-calon pemimpin Pakatan Rakyat pun ada kisah silam yang ada kena mengena dengan maksiat.
Maksiat zina apakah yang tiada dalam kamus calon-calon pemimpin Pakatan Rakyat? Dari meliwat, melanggani pelacur hinggalah ke panjat isteri orang. Segala macam dosa terhadap manusia telahpun dilakukan oleh mereka.
Inikah ciri-ciri kepimpinan Islam yang kita cari-cari selama ini?



KALAU DEMAND BANYAK SANGAT, TAK PERLU AMBIL....CARI YANG LAIN

Saturday, March 17, 2012 | 0 ulasan


Tindakan Indonesia yang menetapkan amah dari negara itu hanya menjalankan satu tugas khusus di rumah majikan dengan gaji minimum RM700 bukan saja tidak masuk akal, tetapi juga akan membebankan majikan.

Pemangku Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) Jeffrey Foo berkata persatuan itu membantah keputusan tersebut dan menganggapnya satu kesilapan yang serius jika dilaksanakan.

SYOR SUPAYA DIPECAT....

Friday, March 16, 2012 | 0 ulasan


Seorang ahli Parlimen Bebas hari ini mendesak supaya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah dengan menyegerakan persaraan mereka ekoran keputusan pembatalan pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). 

Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berkata, langkah itu wajar kerana kedua-dua mereka itu bertanggungjawab sepenuhnya kepada setiap kontroversi yang berlaku apabila didapati sistem itu langsung tidak memberi keadilan kepada penjawat awam.

SPBA DIBATALKAN? KETAMAKKAN CUEPACS MENJADI PUNCANYA...

Thursday, March 8, 2012 | 9 ulasan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dimansuhkan.

Dalam pengumuman di depan ribuan penjawat awam di Putrajaya hari ini, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati.

NAJIB SUDAH, ANWAR BILA LAGI?

Wednesday, March 7, 2012 | 0 ulasan

Assalamualaikum...


Kembali kepada politik tempatan. Baru-baru ini satu Malaysia dihebohkan permohonan maaf oleh Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Hj. Najib bin Tun Razak. Pelbagai pujian dan tohmahan telah dilemparkan kepada beliau sehinggakan MKT lihat ada pro dan kontranya disebalik permohonan maaf tersebut.

PENGAMAL SILAT MELAYU HANYA SYOK SENDIRI SAHAJAKAH?

| 2 ulasan

Assalamualaikum...


Tajuk diatas mungkin akan menyebabkan sebilangan besar pengamal seni mempertahankan diri bangsa Melayu iaitu silat akan marah pada MKT. Tetapi mengapa hendak marah sedangkan ianya adalah satu kenyataan. MKT juga adalah pengamal seni silat dan MKT juga berasa adalah satu kewajiban kepada MKT meluahkan apa yang tersimpan didalam dada MKT mengenai seni bangsa ini.

KREDIBILITI POLIS DICABAR LAGI?

Tuesday, March 6, 2012 | 0 ulasan

"Ini anggota polis itu! Hanya kerana adik saya tidak memakai topi keledar, dia menendang motosikalnya. Kenapa dia berbuat demikian kepada adik saya yang berusia 14 tahun apabila dia hanya boleh mengeluarkan saman?" soal kakak Lim di posting Facebook posting yang turut memaparkan gambar polis yang sedang bertugas itu.
"Adik saya koma. Beliau mengalami pembekuan darah di lehernya yang terseliuh. Pendarahan juga dilaporkan pada bahagian kepala dan di telinga. Beliau juga terpaksa menerima jahitan untuk kecederaan di seluruh badannya!"

KAABAH DITENGAH-TENGAH KOTA NEW YORK?

Monday, March 5, 2012 | 0 ulasan

Assalamualaikum...



Jika umat Islam munafik atau fasik hendak menunaikan haji, tidak perlu lagi ke Mekah kerana sudah dibina sebuah bangunan yang mirip Kaabah dan berada di tengah-tengah kota Metropolitan New York. Ianya diberi nama Apple Mecca sempena bentuk bangunannya menyerupai simbol agama Islam.

Sebenarnya ia adalah sebuah bar minuman yang menyajikan minuman-minuman keras seperti bir, wain dan lain lain lagi. 

MKT tertanya-tanya adakah ini adalah satu pembinaan normal ataupun sekadar hendak mempermain-mainkan Kaabah yang menjadi kiblat kepada seluruh umat Islam didunia? 


MKT sarankan jika ada segelintir umat Islam yang cuba menyokong usaha-usaha menghina Kaabah ini seperti  agar pusing sebanyak 7 kali dahulu sebelum masuk kedalam bangunan tersebut untuk minum arak atau berpoya-poya.

Begitu hinanya Islam dipandangan masyarakat Barat yang merasakan merekalah umat yang penuh susila. Tidakkah ada segelintir ulama-ulama di sana memainkan peranan sebagai mempertahankan kesucian simbol Islam?

Apakah pandangan para pembaca semua? Diam diri sahajakah ataupun...

RAKAN BAIK ANWAR SOKONG PEBAKARAN KITAB QURAN OLEH TENTERA US

| 0 ulasan

Calon presiden Amerika Syarikat dari Parti Republik Rick Santorum mengkritik permintaan maaf Presiden Barack Obama berkaitan pembakaran Al Quran di Afghanistan. Santorum juga menambah bahawa Afghanistan lah yang sepatutnya meminta maaf keatas kematian empat tentera AS selama enam hari kekerasan yang berlaku insiden tersebut.

TEGURAN IKHLAS UNTUK TUN

Sunday, March 4, 2012 | 0 ulasan


mahathir ebook launching 091211 02
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa Malaysia sudah  mempunyai terlalu banyak cuti umum sehingga sukar bagi meningkatkan produktiviti.

Katanya, jika keadaan itu berterusan dengan kerajaan memilih untuk membayar lebih untuk kurang bekerja, negara akan menghadapi kesukaran kewangan yang serius atau menjadi muflis seperti yang berlaku di negara Barat.

“Apabila kita bekerja jumlah hari yang kurang, maka produktiviti juga akan berkurangan..

ARAB MONEY? SIAPA YANG MENGHINA SIAPA SEBENARNYA....

Tuesday, February 28, 2012 | 4 ulasan

Assalamualaikum...


Bila terdengar sahaja muzik video terbaru dari Busta Rhymes bertajuk 'Arab Money' mengelegak juga darah mendidih kerana marah. Sepatutnya golongan-golongan ini janganlah mempersendakan Islam terutamanya bila ianya melibatkan pembacaan Bismillah dan awal Surah Al-Fatihah. Jika golongan-golongan ini berada di Malaysia, MKT rasa sudah lama mengadap Tuhannya dikerjakan oleh masyarakat kita.

SBPA AKAN DILAKSANAKAN PADA HUJUNG BULAN MAC INI?

Saturday, February 25, 2012 | 0 ulasan

Assalamualaikum...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan keputusan kerajaan berhubung isu skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada perhimpunan yang dianjurkan Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada 12 Mac depan.


TIMBUNAN PASIR YANG MEMBUATKAN KHALID GAGAP TERLIUR...

| 0 ulasan

Assalamualaikum...


Diatas ini adalah satu gambar timbunan pasir yang terbesar didunia. MKT rasa jika ianya digunakan sebetul-betulnya boleh membuat hampir 100,000 lebih buah rumah batu pelbagai saiz. Dan ianya mungkin akan menyebabkan KSSB terliur melihatnya. 

Tetapi nasib baiklah kerana ianya hanya ada di luar negara Malaysia iaitu di Perancis...

Habis harapan Khalid Samad dan geng-gengnya dlm KSSB...huhuhu....

KEBIADAPAN ORANG KAFIR TERHADAP MUSLIM BELGIUM

Wednesday, February 22, 2012 | 0 ulasan

Assalamualaikum...


Begitu biadapnya orang kafir di sebelah Eropah dimana sanggup mengadakan provokasi terhadap penganut Islam dengan menggantung topeng kepala babi di pintu gerbang sebuah masjid di Belgium semalam.

Kejadian yang berlaku di masjid Marchienne-au- Port dimana para pelampau agama telah menulis 'Go Home' dengan meggunakan dakwat hitam membawa maksud hendak menghalau Muslim Belgian keluar dari negara itu. Perkara ini telah dilaporkan kepada pihak Polis Belgium dan ianya masih di dalam siasatan.

Bagi MKT, perkara begini adalah serupa dengan isu kepala babi yang diletakkan di depan sebuah masjid di Selangor dan Johor baru-baru ini. Adalah mustahil seorang Islam (terutamanya orang UMNO) membuat begitu kerana penganut Islam di Malaysia tahu akan hukum hakam berkenaan babi dan tidak mungkin akan mengotorkan masjid dengan perkara sedemikian. 

P/S dari MKT : Dengar ceritanya yang ditangkap kerana provokasi di masjid selangor tu adalah dari golongan roket....betul la kot?

MURAHNYA HARGA BANGSA MELAYU...

Sunday, February 19, 2012 | 0 ulasan


Pihak pengurusan KFC Malaysia hari ini bertemu dan memohon maaf kepada pelanggan Danny Ng, yang telah dikasari oleh kakitangannya di cawangan i-City di Shah Alam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Timbalan Presidennya,  Alan Au berkata rangkaian makanan segera itu juga memohon maaf  kepada semua pelanggan pada hari kejadian kerana khidmat yang tidak memuaskan oleh kakitangannya dan kesulitan yang dihadapi mereka.

Ng dan keluarganya bertemu dengan pihak pengurusan KFC petang ini dan menerima permohonan maaf tersebut.

Au berkata, pihaknya amat kesal dengan kejadian tersebut dan memberi jaminan bahawa ia berkaitan dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan dan bukan kerana apa juga sebab lain.



Assalamualaikum...

Kekecewaan demi kekecewaan MKT terhadap tindakan KFC yang memohon maaf kepada si Cina DAP yag terang-terang memaki bangsa Melayu. Ayat "Cibai punya Melayu" tidak ditafsirkan sebagai satu hinaan dan MKT rasa agak keterlaluan bilamana KFC bertindak sedemikian rupa.


Mengapa KFC bertindak demikian? Jika dikhuatirkan agar menyebabkan kehilangan seekor pelanggan itu, tidaklah akan mendatangkan kerugian langsung kepada jualan KFC dimana berjuta lagi masih menyukainya.

Pastinya juak-juak PR terutamanya DAP bersorak gembira dengan permohonan maaf tersebut. Begitu murah harga bangsa Melayu ini rupanya...

P/S dari MKT : Mulai hari ini, MKT akan memboikot Restoran KFC kerana tindakan bodohnya memohon maaf kepada si Cina DAP ini...

DEBAT ANTARA DAP DAN MCA...SAPA YANG MENANG?

| 0 ulasan

Assalamualaikum...


Ramai antara kita teringin hendak menyaksikan perdebatan antara Lim Guan Eng (DAP) dengan Chua Soi Lek (MCA). Disini MKT siarkan salah satu dari episod tersebut. Jika hendak tengok lebih-lebih, sila ke SINI tapi tiada terjemahan la. Jika sesiapa yang fasih berbahasa mandarin dan english tu, kira ok lah....


Enjoy !!...







 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.